window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1

Mersita Β· Jan 10, 2023 08:00 PM

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 01

BMW Group Malaysia menutup tirai 2022 dengan 14,466 penghantaran kenderaan, termasuk 1,233 unit kereta MINI dan 1,378 unit motosikal Motorrad.

Pengarah Urusannya Hans de Visser berkata angka pencapaian ini telah mengekalkan posisi BMW Group Malaysia sebagai syarikat automotif premium No. 1 di Malaysia – tiga kali berturut-turut – kini dengan syer pasaran lebih 50 peratus.

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi kenderaan jenama BMW sahaja, syarikat tersebut telah berjaya menghantar 11,855 unit kenderaan – naik 37.8 peratus daripada tahun sebelumnya, memberikannya 45 peratus syer pasaran.

β€œPastinya angka jumlah pendaftaran belum dikeluarkan lagi setakat ini tapi saya jamin kami memegang lebih 50 peratus syer pasaran dalam segmen premium. 50 peratus syer pasaran dalam segmen premium bermaksud setiap kereta premium kedua yang anda lihat di jalan raya adalah satu produk dari BMW Group, samada ia BMW atau MINI,” kata de Visser ketika pelancaran BMW 3 Series 2023 pagi tadi.

Juga baca: BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 01

BMW 3 Series merupakan model paling laris syarikat berkenaan dengan lebih 2,300 penghantaran. Varian terendah, 320i Sport, menyumbang 34 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan BMW Malaysia. Bagi 2023, 320i Sport telahpun digantikan dengan 320i M Sport.

Juga baca: Penangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k

2 Series Gran Coupe ialah produk paling laris kedua dengan lebih 1,300 penghantaran.

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 02

Model-model SUV X Series menyumbang lebih 43 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan BMW pada 2022 dengan lebih 5,100 penghantaran. BMW X3 ialah model paling popular, menyumbang lebih 1,300 penghantaran.

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 03

Bagi MINI pula, yang merekodkan jualan terbaik syarikat setakat ini, model MINI Countryman menyumbang lebih 65 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi jenama gaya β€˜chic’ itu.

Peminat kereta elektrik (EV) pula tersenyum puas apabila MINI SE menyumbang 25 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan. Ini bermaksud yang seorang daripada setiap empat pelanggan MINI membeli MINI elektrik.

Juga baca: 2023 MINI Electric dikemaskini - tambah bumbung panoramik, harga RM 199k!

BMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1 04

Bagi BMW pula, BMW iX ialah model EV berbateri paling laris mereka dengan lebih 1,000 penghantaran. Jika digabungkan angka jualan ini dengan model-model PHEV, BMW telah menghantar lebih 4,600 xEV kepada pelanggannya sepanjang tahun 2022.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda