window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang!

Faisal · May 15, 2024 02:09 PM

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang! 01

Penala terkenal Honda, Mugen baru-baru ini telah memperkenalkan naik taraf estetik dan prestasi buat Honda Civic Type (FL5). Pakej ini pernah dipertunjukkan di ekspo Tokyo Auto Salon pada Januari lepas dan ia kini boleh ditempah di beberapa pasaran terpilih.

Apa yang menonjol pada penawaran Mugen ini ialah kit aero yang merangkumi spoiler depan, tepi, intake pada fasia depan dan spoiler belakang ala sayap yang diperbuat daripada bahan Glass Fiber Reinforced Polymer (GFRP).

Pakej ini turut menawarkan rim 19-inci Mugen yang dibangunkan bersama BBS dan ekzos tengah jenis satu muncung yang bersaiz besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang! 01

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang! 02

Menariknya, pakej modifikasi dari Mugen ini dapat meningkatkan daya ke bawah (downforce) sebanyak 25% di samping mengurangkan berat kereta.

Pada bahagian dalam, pilihan naik taraf yang ada merangkumi konsol tengah karbon, tombol gear Alcantara, karpet Mugen dan tempat duduk depan MS-C jenis ringan. Secara tambahan, anda juga boleh menambah pelindung pemegang pintu Mugen, bekas kunci berjenama dan tirai.

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang! 03

Di samping itu, Mugen telah memperkenalkan damper yang dinaik taraf dan pad brek berprestasi tinggi.

Tidak lama lagi, Mugen akan mengeluarkan aksesori lampu LED belakang yang lebih unik dan roda stereng sport.

Mugen lancar modifikasi untuk Honda Civic Type R FL5 - lebih laju, ringan dan garang! 04

Menurut Motor1.com, pelanggan di Amerika sudah boleh membuat tempahan spoiler depan, 'skirting' sisi dan spoiler besar belakang pada kos USD 2,065 (~RM 9,736). Aksesori lain pula akan datang kemudian.

Kalau anda nak tahu, aksesori dan modifikasi Mugen juga boleh dipesan melalui Honda Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda