window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah!

Mersita · Apr 10, 2021 04:00 PM

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 01

Kredit gambar: 8one6 on Flickr

Setelah sekian lama kereta anda dipandu ke sana ke mari untuk pelbagai tujuan, ruang dalaman atau kabinnya mungkin ada kekotoran atau cacat cela di beberapa tempat.

Tiba pula masanya untuk anda jual semula kereta berkenaan. Untuk cantikkan semula kereta anda sebelum dijual supaya nilai paling tingginya boleh dikekalkan, kami ada beberapa tip mudah dan murah untuk anda!

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 02

Kereta yang bersih sentiasa nampak cantik

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 03

Imej oleh autowelt_2014 dari Pixabay

Perkara paling utama untuk buat kereta nampak menarik ialah bersihkan segala kekotoran yang ada. Gunakan kain microfibre yang dibasahkan dengan air sabun untuk mengelap permukaan plastik di sekitar ruang kabin kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seterusnya, gunakan kain kering yang bersih untuk lap lagi sekali permukaan tadi dan biarkan kering.

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 01

Selain dari itu, anda juga patut sedut habuk di sekitar ruang kabin menggunakan pembersih vakum. Mulakan dengan kerusi dan kemudiannya bahagian lantai kereta serta di bawah karpet. Gunakan nozel yang sesuai untuk celah-celah kabin yang sukar dicapai.

Kereta dah lama dan rosak pula bagaimana?

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 01

Bagi kereta yang dah agak lama, tak hairanlah jika ada beberapa bahagian yang sudah patah dan rosak kerana cuaca kita Malaysia seringkali panas terik.

Bagi memastikan anda memaksimakan nilai kereta anda, lebih baik anda ganti bahagian yang rosak ini. Bahagian seperti corong penghawa dingin atau pemegang glovebox boleh diganti dengan mudah sebelum anda jual kereta anda.

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 02

Pastikan anda ganti siling kabin (headliner) kereta yang tertanggal – satu isu yang dihadapi oleh beberapa kereta Eropah di Malaysia.

Karpet buruk buang saja

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 03

Satu lagi bahagian dalaman kereta yang kita sering terlepas pandang ialah karpet.

Karpet yang didatangkan sekali dengan kereta memang confirm kena pijak setiap hari dan lama kelamaan ia akan lusuh dan rosak.

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 04

‘Coil mat’ memang popular, tapi ia memerangkap pasir dan debu dengan banyak

Anda samada boleh gantikannya dengan karpet jenis sama dengan yang asal atau gantikan saja dengan karpet aftermarket yang baru, terpulang pada anda.

Kerusi lama yang sukar digerakkan

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 05

Kredit gambar: tuningblog.eu

Walaupun bunyinya agak pelik, selusur kerusi juga perlu dijaga terutama sekali jika anda memandu kereta lama.

Meletak minyak pelincir di selusur kerusi amat mudah untuk dilakukan kerana ia mudah dicapai. Tetapi, jika kereta anda mempunyai pelaras kerusi elektronik, anda boleh pergi ke bengkel untuk letak minyak pelincir pada selusurnya.

Perbaharui kerusi kereta anda

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 06

Kerosakan yang disebabkan penggunaan kerap bukan saja ada pada papan pemuka atau konsol tengah; kerusi kereta anda juga lama kelamaan akan lusuh, kotor atau koyak.

Lebih-lebih lagi kereta keluarga – muntah anak, makanan jatuh, aiskrim tercalit, dan macam-macam lagi. Semua pemilik kereta yang berhasrat untuk menjual kereta masing-masing harus beri perhatian kepada kondisi kerusinya sebelum ia dijual.

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah! 07

Kerusi kotor boleh dicuci secara ‘deep clean’. Banyak servis pantas dengan upah yang berpatutan ada di pasaran. Jika lapik kerusi koyak, anda boleh samada tampal atau jahit semula. Tapi, selalunya pemilik akan tambah atau ganti dengan lapik baharu supaya nampak kemas.

Entri ini dihasilkan bersama Carsome.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda