window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024?

Zamil Syaheer · May 13, 2024 05:00 PM

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024? 01

Neta Auto Malaysia dijangka memberikan nafas baru kepada pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang kelihatan semakin berkembang dengan memperkenalkan hampir keseluruhan rangkaian model yang ada.

Butiran masih dirahsiakan pada masa ini tetapi video oleh Neta Auto Seremban menunjukkan Neta GT, Aya (Neta V yang dikemaskini), SUV X, dan sedan S. Tiga kereta ini merupakan model pandu kiri (LHD). Ini bermakna ia bukan akan dilancarkan secepat mungkin, tetapi lebih kepada pratonton awal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada kemungkinan ketiga-tiga model ini akan dipamerkan di Pameran Auto Malaysia 2024 minggu depan memandangkan Neta juga akan menyertai acara tersebut.

Spesifikasi Neta di Malaysia

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024? 01

Neta Aya

Pencabar tunggal Neta buat masa ini di negara kita adalah V, sebuah SUV kompak dengan 95 PS/160 Nm dan boleh menempuh 380 km (CLTC) dengan sekali cas. Neta Aya yang dilihat dalam video sebenarnya adalah V yang telah dikemas kini dengan nama baru dan jarak pandu sehingga 418 km mengikut kitaran CLTC.

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024? 02

Neta GT

Model-model yang lain pula nampak menarik. Neta GT kereta sports dua pintu elektrik dengan kuasa diantara 231 PS hingga 462 PS (RWD dan AWD), dan jarak pandu sehingga 580 km mengikut standard CLTC.

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024? 03

Neta S

Sementara itu, sedan S adalah jawapan mereka kepada Tesla Model S. Dengan empat pintu, lincah, dan sarat dengan teknologi, S dilengkapi dengan sistem penggerak kuasa BEV atau REEV di China. Versi REEV menampilkan bateri 43 kWh yang disokong oleh enjin 1.5 liter untuk membolehkan jarak pandu sehingga 1,160 km. Versi BEV pula boleh dipandu sejauh 715 km dengan sekali cas pada standard CLTC.

Neta ingin memberi nafas baru di Malaysia; model Aya, X, GT, dan S bakal membuat pratonton di Pameran Auto Malaysia 2024? 04

Neta X

Akhir sekali, Neta X SUV. Pesaing kepada BYD Atto 3 dilengkapi dengan motor 163 PS dan jarak pandu sehingga 501 km mengikut standard CLTC. Kami telah membuat tinjaun lebih dekat kepada kenderaan ini minggu lalu menjelang pelancarannya yang didakwa akan berlangsung pada separuh kedua tahun ini.

Baca juga: Neta X akan dilancarkan di Malaysia, ingin menandingi BYD Atto 3, dengan harga permulaan sekitar RM 125,000!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Neta GT Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia