Apa yang pasti, Proton Saga edisi ini akan berwarna hitam dengan tona warna kuning di beberapa bahagian.
Pada bahagian luar, jalur kuning menghiasi bahagian bawah dari depan ke belakang dan alis lampu hadapan. Sementara itu, cermin sisi menggunakan warna kuning hampir sepenuhnya.
Pada bahagian dalam pula, papan pemuka turut mempunyai jalur kuning dengan penetap corong pendingin hawa yang turut berwarna kuning.
Panel meter turut mempunyai jalur kuning bulat untuk menyerlahkan lagi tema warna Proton Saga Edisi Ulangtahun ini.
Tiada maklumat mengenai sebarang pengubahsuaian pada prestasi kereta ini dan harganya. Bagi anda yang berminat, ikuti siaran langsung Proton melalui laman Facebook Proton Cars mengikut waktu yang ditetapkan.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.