window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

120 unit sahaja: Chery Tiggo 8 Pro warna Aurora Green dilancarkan di Malaysia, ngam dengan Raya

Faisal · Apr 4, 2024 10:34 AM

120 unit sahaja: Chery Tiggo 8 Pro warna Aurora Green dilancarkan di Malaysia, ngam dengan Raya 01

Balik kampung pada Hari Raya Aidilfitri dengan kereta hijau boleh menjadikan anda lebih unik. Kebetulan pula, Chery Malaysia baru sahaja mengumumkan pilihan warna unik untuk Chery Tiggo 8 Pro.

Warna Aurora Green ini terhad kepada 120 unit sahaja. Selain daripada itu, specifikasi dan ciri kekal sama dengan satu-satunya varian Tiggo 8 Pro yang dijual di Malaysia.

120 unit sahaja: Chery Tiggo 8 Pro warna Aurora Green dilancarkan di Malaysia, ngam dengan Raya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, SUV segmen D 3-baris ini dikuasai oleh enjin 2.0L turbo (256 PS/390 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan.

Antara ciri yang ada pada Tiggo 8 Pro termasuklah Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar, kamera panoramik 540-darjah, skrin kembar 24.6-inci dan ADAS yang merangkumi Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist dan Blind Spot Detection.

Juga baca: Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia

120 unit sahaja: Chery Tiggo 8 Pro warna Aurora Green dilancarkan di Malaysia, ngam dengan Raya 01

The Tiggo 8 Pro datang standard dengan warna hitam atau putih

Dipasang tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Tiggo 8 Pro dijual pada harga RM 159,800 dan ia dilengkapi dengan pakej waranti 7-tahun/150,000 km dan upah servis percuma selama 5-tahun.

Chery Malaysia turut menawarkan Extra Peace of Mind Package yang memberi lanjutan waranti enjin kepada 10-tahun/1 juta km dan penyelenggaraan percuma selama 7-tahun pada RM 11,600.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Chery Tiggo 8 Pro Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda