window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia

Mersita · Jul 24, 2023 04:00 PM

Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia 01

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memperkenalkan sesebuah model kereta di Malaysia. Bagi Chery Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro dipasang secara domestik (CKD) di Malaysia, perhatian khusus diberikan kepada penalaan sistem bantuan pemandu (ADAS) dan ‘suspension’nya supaya sesuai dengan keperluan serta ‘selera’ pengguna di negara kita.

Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia 02

Kamera Tiggo 8 Pro

“Pertama sekali ialah keselamatan. Fungsi keselamatan, sistem ADAS. Kami jalankan banyak ujian di sini. Juga untuk tayar, chassis, dan suspension; semua ini adalah untuk menjadikan pengalaman pemanduan selesa di sini,” kata Leo Chen, Pengarah Negara Chery Malaysia dalam satu wawancara radio di saluran BFM 89.9 baru-baru ini.

Tambah beliau, kajian dengan pelanggan berpotensi turut dilaksanakan, termasuklah keluasan dan prestasi fungsi-fungsi ini, dimana pasukan kajian dan pembangunan (R&D) syarikat memperhalusi penalaannya bagi menyesuaikannya untuk keperluan tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Chery Tiggo 8 Pro dilancar di Malaysia: CKD, RM 159k, 2.0L turbo, 256 PS/390 Nm, audio Sony!

Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia 01

Melaraskan fungsi-fungsi untuk pasaran-pasaran tempatan ialah langkah penting yang perlu dibuat bagi memastikan ia fasih dengan pengalaman pemanduan di jalan raya kita. Contohnya, kekerapan penukaran lorong di kalangan penunggang motosikal di Malaysia akan mengganggu ketepatan pemantau titik buta kereta kerana ia boleh mengesan aksi ini sebagai 'perlanggaran akan berlaku'. Salah satu contoh situasi ini ialah pada BYD Atto 3 menurut rebiu yang kami jalankan.

Mengulas tentang perbezaan keadaan jalan raya di China, Chen juga menyebut yang kereta-kereta Chery CKD di Malaysia juga dilengkapi tayar, chassis, dan suspension yang sudah ditala dengan sesuai.

Sebagai info, Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro di Malaysia dilengkapi dengan set penuh fungsi ADAS yang merangkumi:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow (ACC w/ LSF, 0-180 km/h)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)

Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia 02

Dari segi harga pula, Omoda 5 dijual bermula dari RM 108,800 (C) dan RM 118,800 (H), manakala Tiggo 8 Pro dengan varian tunggal bermula dari RM 159,800.

Juga baca: Chery Omoda 5 dilancar di Malaysia: CKD, dari RM 109k, 2 varian, 1.5L turbo, ADAS penuh

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda