window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Isuzu D-Max dengan varian bateri-elektrik pada 2025, akan dipasang di Thailand, Norway sebagai pasaran pertama

Zamil Syaheer ยท Oct 14, 2023 12:00 PM

SAH: Isuzu D-Max dengan varian bateri-elektrik pada 2025, akan dipasang di Thailand, Norway sebagai pasaran pertama 01

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Isuzu Motors akan membina Isuzu D-Max yang dikuasakan oleh bateri-elektrik. Kini, pengeluar automotif ini telah mengesahkan model tersebut akan datang dan akan dipasang di Thailand. Ia bakal dilancarkan di Norway pada tahun 2025.

Isuzu mengesahkan model elektrik ini semasa taklimat media untuk D-Max yang telah dikemas kini.

"Isuzu sedang aktif berusaha untuk mencapai sasaran neutral karbon. Seterusnya, Isuzu merancang untuk menghasilkan pikap trak elektrik bateri (BEV) di Thailand. Kami akan memperkenalkannya di Eropah terdahulu dan kemudian mengkaji pengenalan berperingkat dengan memenuhi keperluan setiap pasaran, termasuk Thailand. Harapan Thailand, pasaran terbesar Isuzu untuk pikapnya, akan kekal kukuh dalam tahun-tahun mendatang," kata Presiden Isuzu, Shinsuke Minami.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Isuzu merancang untuk jual pikap EV seawal 2025 di Thailand dan pasaran lain, Malaysia termasuk ke?

SAH: Isuzu D-Max dengan varian bateri-elektrik pada 2025, akan dipasang di Thailand, Norway sebagai pasaran pertama 01

Kredit: Drive

Ini adalah kali pertama Isuzu mengesahkan di mana D-Max elektrik akan dibina. Memandangkan kilang Thailand Isuzu membekalkan unit D-Max yang dipasangnya ke Australia, adalah mungkin bahawa pasaran tersebut akan mendapat D-Max elektrik selepas Norway. Kita di Malaysia pula mungkin perlu menunggu dengan lama kerana kita (mungkin) belum bersedia untuk kehadiran trak pikap elektrik.

Walaupun Thailand adalah pasaran terkuat Isuzu, Australia juga merupakan bahagian penting dengan 24,336 unit dijual pada tahun 2022, menyumbang 14 peratus daripada kira-kira 340,000 unit pikap yang dijual di seluruh dunia. Untuk perbandingan, Isuzu menjual kira-kira 180,000 unit di Thailand pada tahun yang sama.

Baca juga: Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap!

SAH: Isuzu D-Max dengan varian bateri-elektrik pada 2025, akan dipasang di Thailand, Norway sebagai pasaran pertama 02

Kredit: Drive

D-Max elektrik akan dikuasakan oleh motor elektrik dari divisyen trak Isuzu, menggunakan motor sama yang memacu lori NRR EV siri N-Series kecilnya. Sementara kedua-dua D-Max dan lori N-Series kecil berkongsi varian enjin turbodiesel 3.0 liter.

Walaupun spesifikasi D-Max bateri-elektrik tidak ada lagi, laporan terdahulu  ada mengatakan bahawa ia bakal menggunakan lambang E-Max.

Baca juga: Video: Isuzu D-Max baharu mahu ubah persepsi anda, lagi-lagi untuk "newbie"?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda