window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap!

Faisal · Oct 9, 2023 12:06 PM

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 01

Sejak membuat debut di Thailand pada tahun 2019, Isuzu D-Max generasi sekarang berjaya menerajui carta jualan di sana sehingga dapat merampas takhta Toyota Hilux. 4 tahun beransur dengan jualan mencecah 600,000 unit, trak pikap ini telah diberi kemaskini wajah yang lebih agresif dan beberapa penambahbaikan dari segi keselamatan.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 02

Bercakap soal model facelift, Isuzu D-Max di pasaran Thailand ditawarkan dengan 30 varian melalui 5 jenis badan dan harganya adalah dari 540,000 THB – 1,264,000 THB (~RM 69k – RM 161k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 01

Kalau anda nak tahu, trak pikap ini telah menerima sedikit pembaharuan pada tahun lepas melalui perubahan trim dan kelengkapan.

Juga bacaIsuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 02

Untuk kali ini pula, perubahan yang dibuat adalah melalui reka bentuk lampu depan yang baru beserta DRL LED dan penerapan bonjol pada hud enjin untuk imej yang lebih hebat.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 03

Satu lagi perubahan estetik adalah melalui gril yang lebih garang, khususnya pada varian mercu V-Cross. Dalam masa yang sama, corong aerodinamik pada bahagian depan juga ditambah baik untuk mengurangkan rintangan udara.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 04

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 05

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 06

Pada bahagian belakang, lampu belakangnya diperbaharui dengan reka bentuk “Triple Armour”. Secara amnya, Isuzu D-Max facelift menggunakan reka bentuk rim baharu yang terdiri dari saiz 16-inci sehingga 18-inci.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 07

Masuk ke bahagian dalam, Isuzu D-Max facelift varian V-Cross diperbaharui dengan tema warna dwi-tona hitam coklat dan pilihan kombinasi hitam perak.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 08

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 09

Menariknya, skrin infotainment 9-inci untuk kali ini juga diperbaharui dengan tombol volum dan pelaras siaran audio. Selain itu, paparan pelbagai maklumat 7-inci juga ditambah baik untuk menghasilkan integrasi yang selari dengan infotainment.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 10

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 11

Secara amnya, varian atas menerima ciri seperti tempat duduk kulit, pengecas pantas USB-C untuk bahagian depan dan belakang, sistem audio Dynamic Surround dengan 8-pembesar suara dan sokongan Apple CarPlay/Android Auto jenis nirwayar.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 12

Satu lagi pembaharuan yang diterapkan pada Isuzu D-Max facelift adalah pada sistem ADAS di mana ia kini menggunakan kamera yang lebih lebar, radar 2-titik dan sistem pengesan 8-titik. Antara ciri baharu adalah pengesan pejalan kaki dengan sistem brek automatik, Turn Assist dengan AEB dan kawalan pelayaran adaptif yang sudah ada ciri Stop-and-Go. Apapun, ADAS penuh ini hanya ditawarkan pada varian bertransmisi automatik.

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 13

Dari segi trenkuasa pula, D-Max facelift kekal dengan enjin 1.9L turbodiesel BluePower (150 PS, 350 Nm) dan enjin 3.0L turbodiesel BluePower (190 PS, 450 Nm). Kedua-dua nadi digandingkan dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan yang menghantar kuasa ke semua roda (4WD) atau dua roda belakang (2WD).

Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap! 14

Untuk pengetahuan anda, Isuzu juga mengumumkan bahawa mereka merancang untuk menghasilkan versi elektrik penuh untuk trak pikap di Thailand. Apapun, debut akan berlangsung di Eropah sebelum ke pasaran lain termasuk Thailand.

Juga bacaIsuzu merancang untuk jual pikap EV seawal 2025 di Thailand dan pasaran lain, Malaysia termasuk ke?

Di Malaysia, D-Max telah diberi sedikit kemaskini pada awal tahun ini. Memandangkan model di pasaran kita dijual melalui CBU Thailand, mungkin pembeli tidak perlu menunggu lama untuk melihat D-Max facelift menembus pasaran kita.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda