window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab

Mersita Β· Jul 3, 2023 11:30 AM

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 01

Selepas beberapa bulan seluruh rangkaian Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia, tiba lagi satu naiktaraf spesifiknya bagi D-Max 1.9L Standard baru dimana ciri kamera undur kini didatangkan sebagai standard - menjadikan semua varian Double Cab dilengkapi ciri keselamatan ini.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 02

Sebelum ini, varian tertinggi seperti X-Terrain dan Premium telah dipasangkan dengan kamera undur sejak awal pengenalannya. Kini, versi 1.9L Standard juga menerima kelengkapan yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih jaminan keselamatan dan bantuan ketika masuk ke ruang parkir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 01

Kamera undur ini ditempatkan di sisi pemegang ruang kargo belakang dan menunjukkan gambar yang sangat jelas melalui skrin sentuh 7 inci yang baru untuk infotainment. Isuzu kini menjadi pengeluar pertama di Malaysia yang menyediakan kamera undur sebagai fitur standard untuk semua model Double Cab dalam rangkaian trak pikap mereka.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 02

Selain 'head unit' yang juga dilengkapi dengan sambungan Bluetooth, D-Max 1.9L Standard kini dilengkapi dengan 2 slot USB di hadapan - Type A dan Type C, setiap satu - bagi memudahkan lagi pengecasan peranti untuk penumpang.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 03

Selain kelengkapan di dalam, perbezaan luaran bagi varian trak pikap ini ialah pemegang pintu dan ruang barangan belakang dalam warna badan - yang sebelum ini dalam warna perak.

Imbas semula, selepas naiktarafnya pada Februari 2023, semua varian Isuzu D-Max dinaik taraf dengan differential belakang elektronik (kecuali pada varian 4x2) dan gril lebih moden dengan sentuhan warna carbon-look. Varian Standard AT dipasangkan rim 17 inci dan warna baru Biarritz Blue Metallic.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 04

Juga baca: Isuzu D-Max 2023 - Semua naiktaraf yang anda perlu tahu di pasaran Malaysia

Isuzu D-Max 1.9L Standard yang dijual di pasaran sekarang turut dilengkapi lampu kabus hadapan jenis mentol, 6 β€˜speaker’, penghawa dingin manual dengan corong belakang, sarung kerusi fabrik, dan pelaras kerusi hadapan manual.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 05

Pakej terbaru dalam Isuzu D-Max 1.9L Standard kini menaikkan harganya sehingga RM 1,500; kini dijual pada harga RM 112,999.20 (AT) dan RM 105,599.20 (MT) - OTR tanpa insurans, Semenanjung Malaysia - bermula hari ini (3 Julai). Waranti diberikan untuk D-Max 1.9L Standard ialah 5 tahun/150,000 km.

Isuzu D-Max 1.9L Standard baru 'upgrade' lagi untuk 2023 - kamera undur standard untuk double cab 06

β€œSebagai trak pikap yang mempunyai kemampuan menakjubkan, Isuzu D-Max terus menjadi pilihan mereka yang bergantung dengannya untuk tugas harian yang sukar dan mencabar. Dengan menawarkan ciri tersebut sebagai memenuhi keperluan penggunaan, ia tidak hanya melindungi pelaburan mereka, malahan juga memastikan kenderaan bergerak dengan selamat dan boleh diharap,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Sebagai info, trenkuasa Isuzu D-Max 2023 varian 1.9L menggunakan enjin turbodiesel yang berkuasa 150 PS/350 Nm, digandingkan dengan kotak gear pilihan 6 kelajuan automatik atau manual.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda