Nissan Ariya 2023 dikesan di Malaysia, EV dengan jarak pandu 450 km. Ia mungkin dilancarkan di sini, tetapi...
Zamil Syaheer · Oct 4, 2023 11:00 AM
0
0
Adakah ini pesaing baharu bagi pasaran kereta elektrik (EV) di Malaysia? Nissan Ariya 2023 yang dikesan awal pagi ini menunjukkan sesuatu yang berbeza dan bukannya membayangkan pelancarannya yang tidak lama lagi.
Selalunya, kereta sebegini akan dibalut dengan penyamaran an plat perdagangan biru yang mudah dilihat, namun tidak bagi Ariya ini. Terdapat kemungkinan bahawa ia adalah unit penilaian dalaman yang digunakan didalam kalangan kakitangan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).
Ia bukanlah satu kejadian yang jarang berlaku kerana ETCM sendiri mempunyai Nissan Note e-Power yang telah didaftarkan seperti biasa tetapi belum lagi untuk dijual.
Walau bagaimanapun, mungkin Ariya akan tiba di bilik pameran suatu hari nanti, memandangkan ia telah diacah dalam video tahun lepas. Hanya masa akan menentukan.
Spesifikasi Nissan Ariya 2023
Nissan Ariya di pasaran Singapura
Spesifikasi unit khusus yang dikesan ini tidak jelas, walaupun terdapat pilihan dua rangkaian kuasa yang berbeza di Jepun:
Spesifikasi Nissan Ariya EV
Varian
Trenkuasa
B6 2WD
Bateri: 63 kWh
Kuasa: 218 PS / 300 Nm
Jarak pandu: Sehingga 450 km (WLTP)
Pengecasan: 20%-80%, ~35 minit
B6 AWD (e-4ORCE)
Bateri: 63 kWh
Kuasa: 335 PS / 560 Nm
Jarak pandu: Up to 430 km (WLTP)
Pengecasan: 20%-80%, ~35 minit
e-4ORCE ialah sistem pacuan semua roda elektrik Nissan. Ariya itu sendiri terletak di atas platform elektrik khusus yang dipanggil CMF-EV.
Dari segi keselesaan, ia mempunyai tempat duduk kulit boleh laras kuasa, but berkuasa dan suite lengkap Nissan ProPilot Assist 2.0 untuk sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.