window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli

Faisal ยท Sep 18, 2023 11:00 AM

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli 01

Lotus Cars Malaysia baru sahaja mengumumkan kemaskini harga buat kedua-dua model sportscar Emira dan hyper-SUV EV Eletre seperti di bawah:

  • Lotus Eletre S - RM 698,000 (naik dari RM 648,000)
  • Lotus Eletre R - RM 838,000 (naik dari RM 798,000)

Harga varian permulaan iaitu Lotus Eletre pula akan diumum kemudian kerana ia hanya akan ada pada tahun 2025.

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk sportscar Emira pula, harga baharu ditawarkan seperti berikut:

  • Lotus Emira i4 First Edition - RM 1,095,000
  • Lotus Emira V6 First Edition Manual - RM 1,289,000 (naik dari RM 1,205,800)
  • Lotus Emira V6 First Edition Auto RM - RM 1,309,000 (naik dari RM 1,225,800)

Berkenaan varian i4, unit terhad yang dijual pada harga RM 998,800 masih ada tetapi untuk sesiapa yang cepat sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kenaikan harga pada kedua-dua model ini adalah disebabkan oleh perubahan Ringgit dalam beberapa matawang asing utama untuk beberapa bulan terakhir ini.

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli 01

Secara teknikal, sportscar Lotus Emira i4 menggunakan enjin 2.0L turbo dari Mercedes-AMG yang menghasilkan 360 PS/430 Nm dan kuasa diurus oleh transmisi DCT 8-kelajuan. Pecutan 0 - 100 km/j pula mengambil masa 4.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 290 km/j.

Varian V6 pula menggunakan enjin 3.5L supercharged yang menghasilkan 400 PS/420 Nm untuk manual dan 430 Nm untuk automatik.

Juga bacaLotus Emira dedah harga untuk Malaysia - dari RM 1.1 juta, sport car hasil suntikan dana Geely!

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli 02

Untuk hyper-SUV EV Eletre pula, ia dikuasai dua motor elektrik (AWD) tetapi dengan angka prestasi yang berbeza, mengikut varian di bawah:

  • Eletre - 603 PS/710 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 4.5 saat, kelajuan tertinggi pada 258 km/j
  • Eletre S - 603 PS/710 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 4.5 saat, kelajuan tertinggi pada 258 km/j
  • Eletre R - 905 PS/ 985 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 2.95 saat, kelajuan tertinggi pada 265 km/j

Dari segi pengecasan, ketiga-tiga varian menyokong AC sehingga 22 kW, manakala DC sehingga 350 kW hasil daripada penggunaan arkitektur 800V.

Kapasiti bateri pula adalah sebanyak 112 kWj. Varian biasa dan S mempunyai jarak pandu sejauh 600 km (WLTP), manakala varian R pula sampai 490 km.

Sportscar Lotus Emira dan EV hyper-SUV Lotus Eletre ada harga baru untuk rakyat Malaysia beli 03

Anda yang berminat untuk melihat dengan dekat bolehlah ke Pavilion Kuala Lumpur sehingga 30 September ini. Bermula 1 Oktober, pelanggan boleh melihat di Lotus Bukit Jelutong, Shah Alam.

Juga bacaLotus Eletre 2023 rasmi - dari RM 578k, 905 PS, jarak gerak sehingga 600 km!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Lotus Eletre

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda