window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bajet 2024: GST mungkin ditangguh, pengguguran subsidi bahan api hampir pasti, insentif EV mungkin ditekankan

Faisal · Oct 2, 2023 04:19 PM

Bajet 2024: GST mungkin ditangguh, pengguguran subsidi bahan api hampir pasti, insentif EV mungkin ditekankan 01

Pembentangan berkenaan subsidi bahan api dijangka menjadi antara fokus utama dalam Bajet 2024 di mana ia akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 13 Oktober ini.

Dalam laporan Market Strategy terkini, RHB Investment Bank menjangkakan bahawa program subsidi bahan api bersasar akan dimulakan dengan pemotongan subsidi buat diesel dan elektrik pada awal 2024, sebelum melibatkan petrol RON 95 sekali.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sudah memaklumkan bahawa kerajaan akan mencuba program subsidi bahan api bersasar seawal November. Isi rumah Malaysia yang layak pula akan dipilih berdasarkan Pangkalan Data Utama (PADU).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaAnda yang berkumpulan M40 mungkin tak dapat subsidi bahan api bersasar bermula Januari 2024

Kata Rafizi, “Kalau lancar, PADU akan sedia memegang semua data rakyat Malaysia menjelang Januari 2024”.

Selain daripada subsidi bahan api yang baru, kerajaan juga dijangka memperkenalkan semula GST, untuk meningkatkan pangkalan cukai.

Apapun, RHB berkata bahawa walaupun GST dijangka ada semula, ia mungkin tidak akan dilaksanakan dalam Bajet 2024.

Jelas RHB, “GST ada peluang besar untuk kembali buat jangka masa pertengahan”.

Bagi anda yang belum tahu, kali terakhir GST dilaksanakan adalah dari tempoh April 2015 – Jun 2018. Kemudian apabila Pakatan Harapan menang Pilihanraya Umum ke-14, GST dimansuhkan.

Bajet 2024: GST mungkin ditangguh, pengguguran subsidi bahan api hampir pasti, insentif EV mungkin ditekankan 01

Mengenai kenderaan elektrik (EV) pula, RHB menambah, “Kerajaan boleh menawarkan pendekatan yang lebih bersasar seperti menyediakan geran untuk memasang pengecas EV jenis berkongsi di kediaman peribadi bukan atas darat seperti yang dibuat di Singapura”.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia menyasarkan untuk ada 10,000 stesen pengecas EV awam menjelang 2025, dan kini, nombor itu masih berada pada paras bawah 2,000 bilangan stesen (1,063 unit).

Menariknya, bank pelaburan itu turut memberitahu bahawa harga lantai RM 100,000 untuk layak mendapat pengecualian cukai import mungkin dilanjutkan sehingga selepas 2025. Buat masa sekarang sehingga 2025, EV yang diimport akan dikecualikan cukai eksais dan cukai import, tetapi ia hanya terhad untuk EV yang berharga atas RM 100,000 (termasuk insurans) sahaja.

Dalam konteks EV, sebenarnya terdapat isu yang belum jelas mengenai pengiraan cukai jalan yang mana kini hanya berdasarkan kapasiti enjin atau output kW buat EV (menyebabkan harga cukai yang tinggi). Untuk makluman anda, cukai jalan buat EV dikecualikan buat sementara waktu sehingga 2025 tetapi perihal ini masih belum muktamad dan di sinilah RHB menjangkakan bahawa Bajet 2024 akan menekankan hal ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia