window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kepada pemilik Honda N-Box di Malaysia, sudahkah anda tukar 'fuel pump' yang ada recall ini?

Faisal · Oct 16, 2023 10:52 AM

Kepada pemilik Honda N-Box di Malaysia, sudahkah anda tukar 'fuel pump' yang ada recall ini? 01

Honda Japan sejak 13 Oktober 2020 membuat pemanggilan semula buat beberapa model yang mungkin sudah dijual kepada recond dan pengeksport. Hal ini berkenaan pam bahan api yang mungkin juga dijual sebagai alat ganti, sekaligus menjadikan sukar untuk Honda mengesan.

Dari segi jumlah, sebanyak 3,431 unit pam bahan api yang rosak telah dijual atau dipasang ke kereta lain dan Honda N-Box adalah model yang paling banyak terlibat.

Kepada pemilik Honda N-Box di Malaysia, sudahkah anda tukar 'fuel pump' yang ada recall ini? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, impeller pam bahan api yang terlibat berpotensi untuk bersentuhan dengan bekas penutup pam itu sendiri. Perkara ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi dan paling teruk, boleh membuatkan kereta mati sewaktu dipandu.

Untuk unit yang terlibat, Honda menghantar alat ganti baru yang lebih bagus dan mereka akan membuat tinjauan boleh pantau kepada pengguna untuk memberitahu mereka apa modifikasi yang perlu dibuat.

Kepada pemilik Honda N-Box di Malaysia, sudahkah anda tukar 'fuel pump' yang ada recall ini? 01

Apapun, memandangkan sejumlah besar model yang terlibat adalah recond, Honda Malaysia tidak bertanggungjawab untuk kereta yang tidak dijual oleh mereka seperti N-Box. Lagipun, kereta itu dibangunkan untuk diguna di Jepun, bukan untuk pasaran luar.

Namun demikian, anda boleh melihat keseluruhan model yang terlibat di sini tetapi perlu menggunakan Google Translate. Jadi, buat pemilik Honda N-Box yang terlibat, adakah kereta anda telah ditukar komponen pam bahan api tersebut?

Juga bacaAntara kereta kesayangan pengedar recond Malaysia, Honda N-Box ialah kereta terlaris Jepun pada tahun 2022!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda