window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih

Zamil Syaheer · Sep 18, 2023 04:00 PM

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih 01

BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan bahawa lebih 1,600 unit kenderaan elektrik (EV) dalam BMW, MINI & BMW Motorrad EV telah diserahkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini. Ini jauh melebihi jumlah 1,557 unit BMW & MINI EV yang dihantar oleh kumpulan itu pada tahun 2022.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua bahawa kami di BMW adalah peneraju utama bagi kenderaan elektrik premium di negara ini. Lebih 1,600 EV telah disereahkan hanya dalam lapan bulan pertama tahun ini, melangkaui jumlah penghantaran kami pada tahun 2022,”.

“Dengan lebih 3,000 penghantaran yang berjaya bagi kenderaan BMW dan MINI elektrik (xEV) setakat ini, ia adalah kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan penyerahan kami. Kami kekal di landasan yang betul untuk memacu Malaysia ke arah masa depan elektrifikasi.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih 01

BMW Group Malaysia juga mengumumkan inisiatif terbaru mereka untuk menjadikan pengecasan EV lebih mudah diakses dan mudah untuk semua. Membina infrastruktur pengecasan EV Gentari di seluruh negara, kedua-dua organisasi itu kini menghidupkan Charge Go — perkhidmatan pengecasan EV mudah alih yang boleh menyediakan pengecasan pantas DC semasa dalam perjalanan.

De Visser menekankan, "Kami sangat teruja untuk menghidupkan konsep kenderaan pengecas mudah alih kami yang kami perkenalkan awal tahun ini, dengan Gentari. Perkongsian kami dengan pemain utama seperti mereka menggariskan kepercayaan kami bahawa kerjasama seluruh industri adalah enjin yang memacu transformasi ke arah Electric Future”.

"Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain dalam bidang ini untuk meningkatkan komitmen mereka terhadap elektrifikasi, secara kolektif memperkayakan ekosistem EV tempatan. Kerjasama ini akan tersedia menjelang akhir tahun 2023."

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih 02

Pelancaran Charge Go dengan BMW ialah satu lagi penyelesaian inovatif dengan meletakan keutamaan kepada para pelanggan Gentari.

"Penyelesaian pengecasan mudah alih ini adalah hasil usaha kolektif di kalangan pemain industri tempatan, termasuk PKS, untuk mengukuhkan ekosistem EV tempatan dalam menghasilkan penyelesaian kami sendiri dan rekaan tempatan dalam ruang ini. Penyelesaian ini, yang pertama daripada banyak yang akan datang daripada Gentari, bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan terhadap jarak gerak, menjadikan peralihan kepada EV menjadi mudah."

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih 03

BMW Group Malaysia juga bekerjasama dengan penyedia pengecasan tempatan, ChargEV, bersama JomCharge & Gentari untuk menawarkan pakej pengecasan tanpa had eksklusif untuk pemilik BMW dan MINI EV di Malaysia.

Dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2023, 200 pemilik BMW dan MINI EV pertama yang berdaftar boleh membeli pakej tersebut dengan harga RM 2,400 dan RM 1,800 masing-masing daripada mana-mana pembekal pengecasan yang disebutkan di atas.

Pakej ini menyediakan pengecasan tanpa had di semua kemudahan ChargEV atau JomCharge & Gentari di seluruh negara selama 12 bulan selepas pengaktifan dan hanya sah untuk digunakan oleh EV tertentu yang telah didaftarkan semasa pendaftaran.

BMW Malaysia telah menyerahkan lebih 1,600 EV & 3,000 xEV tahun ini; mengembangkan pengecasan EV mudah alih 04

BMW Group Malaysia menunjukkan komitmennya untuk memacu mobiliti mampan untuk Malaysia dengan acara ‘Forwardism, by BMW’ terbaru yang terletak bersebelahan Mandarin Oriental KL.

Orang ramai akan dapat melihat dan mengalami BMW i7 dari dekat dan meneroka visi Kumpulan BMW untuk kemampanan di bawah satu bumbung. ‘Forwardism, by BMW’ akan dibuka kepada orang ramai, melalui pendaftaran sahaja, hujung minggu ini (23-24 September).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW i7 XDrive60

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia