window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton S50 2023 mungkin mendapat enjin hibrid ringan 1.5L 3-silinder dari X90; 4 varian, pelancaran bulan depan?

Zamil Syaheer · Oct 12, 2023 12:00 PM

Proton S50 2023 mungkin mendapat enjin hibrid ringan 1.5L 3-silinder dari X90; 4 varian, pelancaran bulan depan? 01

Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal kurang daripada tiga bulan sebelum kita masuk ke tahun 2024. Ini juga bermaksud kita telah melihat kebanyakan model yang akan dilancarkan di Malaysia tahun ini, kecuali beberapa yang akan tiba pada baki tahun 2023.

Salah satu daripadanya adalah Proton S50 2023. Seperti kebanyakan tawaran terkini jenama ini, ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat Malaysia yang menantikan kedatangannya.

Proton S50 2023 mungkin mendapat enjin hibrid ringan 1.5L 3-silinder dari X90; 4 varian, pelancaran bulan depan? 02

Imej intipan S50 terkini

Salah satu khabar angin mengatakan bahawa model ini akan mengikuti konvensyen model terkini Proton, dengan empat varian akan ditawarkan: Standard, Premium, Executive, dan Flagship. Mungkin ini lebih menjelaskan perbezaan dalam spesifikasi yang telah kita lihat melalui banyak imej intipan setakat ini kerana sesetengah kereta ujian dilengkapi dengan bumbung suria, sementara yang lain tidak ada.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90!

Sedan hibrid ringan pertama Proton?

Proton S50 2023 mungkin mendapat enjin hibrid ringan 1.5L 3-silinder dari X90; 4 varian, pelancaran bulan depan? 01

Ruang enjin X90; sama dengan S50?

Besar kemungkinan enjin hibrid ringan turbo 1.5 liter Proton X90 akan masuk ke dalam S50, kemungkinan besar menjadikannya sedan elektrik pertama Proton. Sama ada ia akan memacu semua empat varian yang disebutkan atau hanya pada varian Flagship masih belum pasti.

Apa-apapun, enjin 1.5 liter 3-silinder memang akan digunakan berdasarkan pelaburan Proton dalam kilang enjin baru.

Baca juga: Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023

Proton S50 2023 mungkin mendapat enjin hibrid ringan 1.5L 3-silinder dari X90; 4 varian, pelancaran bulan depan? 02

Imej intipan daripada The Ajerul, menunjukkan kotak radar di hadapan

Jika ini berlaku, maka ia bukan satu-satunya perubahan kepada S50. Salah satu unit ujian ada dilengkapi dengan radar Adaptive Cruise Control (ACC) di hadapan, dimana model penderma Geely Emgrand yang asal tidak dilengkapi dengan teknologi sedemikian. Emgrand juga tidak mendapat enjin pengecas turbo di pasaran asalnya – hanya enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural.

Penambahan sebegini bukanlah sesuatu yang asing bagi Proton kerana mereka telah melakukan perkara yang sama sebelum ini dengan X50 (termasuk corong penghawa dingin belakang) dan lebih baru-baru ini X90 dengan persediaan suspensi multi-link.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda