window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023

Faisal · Dec 6, 2022 11:30 AM

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023 01

Proton baru-baru ini meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI ke-10,000 di barisan pemasangan enjin Tanjung Malim baharunya pada 1 Disember lepas. Pencapaian ini hanya mengambil masa selama tujuh bulan selepas unit pertama dikeluarkan pada bulan April tahun ini.

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023 02

Barisan pemasangan baharu menyasarkan 60,000 enjin pada 2023

Kilang enjin 1.5 TGDI PROTON adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melabur RM1.8 bilion bagi menaik taraf fasiliti di Tanjung Malim dan kemuncak perjalanan yang bermula pada 2019 ini ditempuhi dalam keadaan yang mencabar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023 01

Setelah membuat keputusan untuk membina barisan pemasangan baharu di Tanjung Malim, pembinaan dan penghantaran komponen telah tertangguh berikutan pandemik Covid-19.

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023 02

Apapun, keputusan telah dibuat untuk menuju ke hadapan sementara negara menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP). Di samping itu, pelan pengembangan operasi itu selaras dengan teras strategik pertama program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan memaksimumkan aktiviti pembuatan di rantau ini.

Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023 03

“Barisan enjin baharu Proton adalah bukti ketabahan dan keazaman pekerja kami untuk mengatasi halangan dan mencapai matlamat kami. Ia merupakan salah satu barisan pemasangan enjin paling maju di Malaysia dengan tahap automasi yang tinggi, persekitaran terkawal iklim dan pelbagai gerbang ujian untuk memastikan kualiti pengeluarannya. Untuk 2023 nanti, kami menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin yang akan digunakan pada beberapa model Proton,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Juga bacaPusat pemasangan enjin Proton baharu kini hanya buat nadi 1.5 TGDi milik X50 & X70, pelbagai varian menanti!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda