window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023!

Haris · Apr 6, 2023 10:00 AM

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 01

Proton meneruskan permulaan kukuhnya bagi 2023 dengan momentum jualan yang meningkat. Bagi bulan Mac, 14,573 unit (domestik dan eksport) telah dijual, peningkatan 3.8% berbanding bulan Februari dan 11.9% berbanding dengan bulan Mac 2022. Bagi suku pertama 2023, jualan mencecah 40,287 unit bersamaan peningkatan sebanyak 50.9% berbanding dengan tahun lepas.

Pegangan pasaran bagi bulan ini dianggarkan sebagai 18.7%, bermakna syarikat mengekalkan kedudukan kedua pada jadual jualan manakala bagi suku pertama, angka itu dianggarkan sebagai 21.2%. Pencapaian itu membolehkan Proton menjadi jenama dengan peningkatan angka pegangan pasaran suku pertama yang paling tinggi dengan penambahan 4.5% berbanding dengan tahun lepas.

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kisah peningkatan jualan Proton Persona pada 2023 adalah luar biasa. Pasaran sedan segmen-B berdaya saing tinggi dengan banyak model baru dilancarkan ketika jualan Persona terhalang oleh kekurangan komponen dan cip mikro pada tahun 2022, mengakibatkan hanya lima unit dihantar ke pelanggan pada bulan Julai lepas.

Selepas 2,421 unit dijual pada bulan Mac 2023, Proton Persona adalah model sedan segmen-B terlaris untuk tiga bulan berturut-turut. Jumlah jualan suku pertama pula adalah 6,773 unit, bersamaan penambahan sebanyak 79.2%.

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 01

Model Proton yang paling popular masih lagi Proton Saga yang mencapai jualan melebihi 6,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut dengan 6,313 unit dijual. Bagi suku pertama, syarikat berjaya menjual 17,446 unit Proton Saga, peningkatan sebanyak 84.6%.

Proton X50 dan Proton Exora kekal sebagai peneraju segmen, Proton X70 kini di kedudukan kedua terlaris dalam SUV segmen-C manakala Proton Iriz kekal di tangga ke empat bagi hatchback segmen-B. Prestasi model boleh dilihat seperti berikut:

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 02

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 03

Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton menambah, “Proton menunjukkan prestasi yang sangat baik pada suku pertama 2023 dan kami bangga dengan pencapaian jualan melebihi 40,000 unit.

"Walau bagaimanapun, kami sedar kadar jualan pada tiga bulan pertama meningkat kerana semua jenama tergesa-gesa untuk menghantar kereta yang ditempah semasa insentif PENJANA. Tarikh akhir penghantaran adalah 31 Mac 2023 dan ini membantu menerangkan kenapa TIV dianggarkan sebanyak 78,000 unit pada bulan ini.

Baca: Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil!

Giliran Proton Persona untuk berkilau, catat jualan tertinggi sedan segmen-B suku pertama 2023! 04

“Gambaran sentimen pasaran yang lebih tepat mungkin akan muncul pada akhir suku kedua, tetapi kami yakin mampu mengekalkan momentum jualan. Proton X90 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami juga akan ada penambahan ke barisan model lewat tahun ini.

"Pada masa yang sama, kami juga telah membuat pengumuman tentang komitmen untuk mengembangkan barisan model Kenderaan Tenaga Baru (NEV) yang mampu membawa jenama Proton ke segmen yang baru untuk pertumbuhan jualan jangka panjang." ujarnya.

Baca: Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda