window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) penting untuk peluang pekerjaan, bakal dipercepatkan

Haris · Apr 3, 2023 10:00 AM

Projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) penting untuk peluang pekerjaan, bakal dipercepatkan 01

Kerajaan mahu projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), yang melibatkan DRB-HICOM Berhad dan syarikat China Geely, dipercepatkan kerana ia melibatkan pelaburan besar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak muda tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu merupakan salah satu kemuncak pertemuan beliau dengan rakan sejawatan, Li Qiang di Dewan Besar Rakyat.

"Ia disebut sendiri oleh Perdana Menteri Qiang, dia beri penekanan yang sama. Projek itu besar yang dianggap menjadi satu kawasan automotif yang terbesar di Pekan dan Tanjung Malim (di Perak).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kita akan minta kerajaan negeri berkaitan dan majlis perbandaran untuk mempercepat proses ini, memandangkan ini pelaburan yang besar dan memberi peluang pekerjaan kepada puluhan ribu anak muda Malaysia," katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja rasmi empat hari ke China malam ini.

Projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) penting untuk peluang pekerjaan, bakal dipercepatkan 01

DRB-HICOM Berhad dan Geely hari ini menandatangani Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HOA) bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat bagi fasa seterusnya.

Dalam satu kenyataan, DRB-Hicom berkata HoA itu menyasar untuk melihat pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjong Malim yang meliputi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti meluas.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, pembangunan AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai RM32 bilion, termasuk oleh syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON) serta pembangunan kenderaan tenaga baharu (BEV).

Projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) penting untuk peluang pekerjaan, bakal dipercepatkan 02

Anwar turut menambah bahawa selain projek AHTV, kedua-dua pihak juga memutuskan untuk meneruskan kerjasama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalan dan Laluan (BRI).

"Ini saya bagi pengakuan termasuk perbincangan dengan syarikat yang melaksana projek (ECRL), kita akan teruskan dan percepatkan supaya dapat disiapkan.

"Mereka berjanji untuk tidak meneruskan kaedah lama iaitu cuba untuk mendapatkan pekerjaan profesional tempatan hanya di bidang pengkhususuan yang tidak diperoleh di Malaysia. Barulah kita akan izin dan mudahkan kumpulan untuk datang dari China.

"Ini terpakai untuk semua projek lain kerana ada usaha pelaburan yang besar. Beberapa syarikat besar setuju berikan latihan kemahiran yang memungkinkan mereka (anak tempatan) akan dapat diambil bekerja dibidang pengkhususan yang lebih tinggi," katanya.

Baca: Kerjasama Geely - DRB Hicom antara pelaburan penting ketika lawatan PM ke China

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda