window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90!

Faisal · Oct 9, 2023 03:24 PM

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90! 01

Setelah berjaya keluarkan 3 SUV, produk ketiga Geely yang akan diberi logo Proton nampaknya adalah Geely Emgrand. Bagi anda yang belum tahu, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa sedan itu akan dikenal sebagai Proton S50 dan ia mungkin dirasmikan menjelang akhir tahun ini.

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90! 02

Intipan yang kami jumpa di Genting pada April tempoh hari dan kelibat kali ini jelas berbeza.

Setakat ini, samaran ujian di tanah air kita telah banyak kali dilihat iaitu sejak tahun lepas. Bagi anda yang belum tahu, produk ini adalah senjata Proton untuk kembali dalam pasaran sedan segmen-C dengan harga segmen-B, sebiji apa yang dibuat oleh Proton Preve yang telah dihentikan keluarannya pada tahun 2018.

Juga bacaMeneroka segmen Proton S50; bakal bersaing dengan sedan bersaiz City atau Corolla Altis?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
@thisisfarelll jalan2 terserempak #protons50 ♬ original sound - thisisFARELL

Dalam intipan terbaru yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini pula, kita dapat melihat gril depan pada sedan dengan lebih jelas di mana ia nampak sama dengan apa yang diterapkan pada Proton X90. Cumanya, kelibat kali ini nampak sedikit lain berbanding intipan sebelum ini.

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90! 01

Maksud di sini ialah model pandu belah kanan (RHD) ini tiada bumbung suria dan ini mungkin petunjuk bahawa S50 bakal hadir dengan varian atas dan bawah.

Juga bacaSpyshot: Proton S50 1.5T 2023 dengan gril 'Infinite Weave', bakal dilancar selepas X90?

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90! 02

Untuk pengetahuan anda, butiran lanjut mengenai sedan baharu Proton ini masih tidak banyak. Malah, namanya juga belum lagi disahkan. Sebenarnya, nama itu telahpun ditanda dagang. Cumanya, terdapat beberapa nama lagi dalam senarai tersebut.

Kelibat Proton S50 2023 tanpa bumbung suria beri klu spec rendah, tapi jelas dengan gril mirip X90! 03

Berkenaan trenkuasa pula, masih tak banyak yang boleh diketahui tetapi ramai pihak melaporkan bahawa S50 mungkin menggunakan enjin 1.5L TGDi 3-silinder sama yang ada pada X50 dan X70. Malah, tidak mustahil kalau ia tampil dengan nadi hybrid sederhana yang digunapakai pada X90. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan baru.

Juga bacaSpyshot: Kelibat samaran Proton S50 RHD diintip di Lembah Kelang, paling jelas setakat ini!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda