window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim

Faisal · Oct 30, 2023 04:11 PM

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim 01

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Malaysia Automotive Association (MAA) di bawah seksyen untuk kilang Tanjung Malim Proton, terdapat bahagian model baharu Proton yang berkod nama Proton SS11.

Menurut mereka, sebanyak 28 unit melalui 4 varian telah dihasilkan pada September 2023. Perkara ini juga memberitahu kita bahawa tarikh pelancarannya sudah dekat.

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, SS11 adalah kod untuk sedan baharu Proton iaitu model yang menggunakan asas Geely Emgrand (di China turut dikenal sebagai Geely Binrui). Sedan ini bakal diposisikan antara segmen B dan C. Model ini juga didakwa sebagai pewaris kepada Proton Preve dan sama seperti ikon itu, ia bakal menawarkan saiz bak segmen C tetapi pada harga segmen B.

Setakat ini, Proton belum mengumumkan nama model ini tetapi berdasarkan fail tanda dagang, ianya antara S50 atau S70. Kalau dilihat intipan-intipan yang tertular sejak kebelakangan ini, mungkin Proton S70.

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim 01

Mengenai varian yang disebutkan, terdapat 4 jenis SS11 yang dihasilkan pada bulan lalu iaitu 5 unit Executive, 10 unit Flagship, 10 unit Flagship X dan 3 unit Premium. Kedua-dua varian Flagship dijangka menjadi penyumbang jualan terbanyak.

Secara amnya, kami menjangkakan bahawa Proton akan mula mengeluarkan iklan pada November dan membuka tempahan dalam bulan sama.

Dari segi teknikal, Proton S11, sama ada ia bakal menggunakan nama Proton S50 atau S70 kiranya akan diposisikan antara Toyota Vios dan Toyota Corolla Altis.

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim 02

Model di China sendiri menggunakan nadi 1.5L NA tetapi kami suspek SS11 ini akan dilancarkan di Malaysia dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder, nadi sama yang digunapakai pada Proton X50 dan X70 tetapi ditala lebih rendah untuk sedan yang lebih ringan dan lebih murah. Engin ini sendiri telah dihasilkan di kilang enjin Proton di Tanjung Malim.

Di samping itu, sistem hybrid sederhana 48V seperti yang ada pada Proton X90 juga mungkin ditawarkan sekali.

4 varian disahkan! Sebanyak 28 unit Proton SS11 (akan dilancar sebagai S50/S70?) dihasilkan di Tg Malim 03

Untuk makluman anda, harga sedan baharu Proton ini mungkin bermula di bawah julat harga Proton X50 (dari RM 86,000) atau Proton X70 (dari RM 98,000).

Sebagai konteks, harga Toyota Vios bermula dari RM 89,600, manakala Honda City bermula dari RM 84,900.

Buat masa sekarang, Proton hanya ada sedan segmen A Proton Saga (dari RM 34,800) dan sedan segmen B Proton Persona (dari RM 47,800).

Juga bacaIntipan terkini Proton S50 (atau S70?) - dedah wajah dengan bampar, gril, lampu dan logo!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda