window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan!

Faisal · Nov 10, 2023 10:30 AM

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan! 01

Model keempat Proton yang berasaskan Geely dan juga sedan serba baharu pertama mereka dalam satu dekad setengah iaitu Proton S70 diterima begitu baik oleh rakyat Malaysia semenjak tempahannya dibuka 10 hari lepas.

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan! 02

Kata Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, mereka telah menerima sehingga 400 pesanan dalam masa satu minggu tempahan dibuka. Untuk makluman anda, Proton menyasarkan jualan S70 sebanyak 2,000 unit sebulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan! 01

Bagi anda yang belum tahu, sedan ini boleh ditempah di setiap cawangan Proton sejak 1 November lagi, iaitu dengan deposit RM 500. Tarikh pelancaran dan harganya pula akan diumumkan kemudian.

Menariknya, orang ramai sudah boleh melihat Proton S70 bermula esok (11 November) tetapi Proton belum mengumumkan sebarang butiran mengenai lokasinya.

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan! 02

Secara teknikal, Proton S70 bakal hadir dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang dipadankan dengan transmisi DCT. Sama ada enjin berkuasa 150 PS/226 Nm atau unit direct injection 177 PS/255 Nm masih belum diketahui. Uniknya, trenkuasa ini sendiri tiada pada model pendermanya iaitu Geely Emgrand yang hanya menggunakan enjin 1.5L NA yang digandingkan dengan transmisi CVT atau manual 5-kelajuan.

Proton S70 berjaya terima 400 tempahan dalam 1 minggu, sasar jualan 2k unit sebulan! 03

Walaupun S70 bersaing dalam kategori sedan segmen C, harganya mungkin lebih kurang sama dengan segmen B seperti Honda City dan Toyota Vios.

Juga baca: Keluaran Proton S70 dah mula - enjin 1.5L turbo, rakyat dah boleh tempah pada RM 500!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton S70

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda