window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah ini Toyota Camry 2025 serba baharu? 'Teaser' pertama telah dikeluarkan, bakal mendapat kuasa turbo?

Zamil Syaheer ยท Oct 20, 2023 05:00 PM

Adakah ini Toyota Camry 2025 serba baharu? 'Teaser' pertama telah dikeluarkan, bakal mendapat kuasa turbo? 01

Adakah ini pandangan pertama Toyota Camry 2025 yang akan datang?

Teaser ini dikeluarkan malam semalam oleh Toyota USA, dengan mesej yang misteri: "Can you guess whatโ€™s on the horizon?". Dengan melihat pada postur yang lebar, empat tempat duduk, dan apa yang kelihatan seperti lampu hadapan yang meluas ke sisi, rasanya ia mirip sebuah sedan.

Perlu diingat juga bahawa ini adalah Camry pasaran AS, dimana reka bentuk dan lain-lain lagi mungkin berbeza dengan pasaran Asia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah ini Toyota Camry 2025 serba baharu? 'Teaser' pertama telah dikeluarkan, bakal mendapat kuasa turbo? 01

Camry generasi semasa

Camry generasi XV70 semasa telah wujud sejak 2017, jadi ada kemungkinan bahawa ia adalah model serba baharu. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat laporan dari Jepun yang mengatakan bahawa ini boleh menjadi "Major Minor Change" (MMC, atau pembaharuan meluas yang merangkumi aspek estetik dan prestasi) daripada generasi yang sepenuhnya baharu, jadi perkara ini masih perlu dilihat.

Sesetengah daripada anda mungkin berpendapat bahawa ini juga boleh menjadi Corolla generasi baru, memandangkan model generasi ke-12 semasa telah wujud sejak 2018. Namun, model itu telah mendapat kemas kini pada tahun 2022 dan 2023, bergantung kepada pasaran.

Baca juga: Toyota Camry takkan ada generasi pewaris, model XV70 semasa bakal diperbaharui secara ketara

Spesifikasi Camry yang baharu sepenuhnya

Adakah ini Toyota Camry 2025 serba baharu? 'Teaser' pertama telah dikeluarkan, bakal mendapat kuasa turbo? 02

Platform TNGA 

Pada tahap ini, tidak banyak maklumat yang ada tentang Camry serba baharu. Ia dilaporkan menggunakan platform TNGA-K, dan walaupun tiada spesifikasi kuasa enjin yang tersedia, terdapat spekulasi awal bahawa ia akan berkongsi enjin berkuasa turbo 2.4 liter dengan Lexus NX (279 PS/430 Nm).

Trenkuasa elektrik juga pastinya tidak dikecualikan, bersama-sama dengan peningkatan dalam sistem infotainment dan keselamatan.

Di Malaysia, Camry XV70 dijual pada harga RM 219,800, dengan hanya satu varian yang ditawarkan: 2.5 V aspirasi natural

Baca juga: Toyota Camry generasi baharu menyusul 2025, akan guna enjin turbo buat pertama kalinya?

.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda