window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km!

Faisal · Oct 19, 2023 11:32 AM

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 01

Kira-kira sebulan selepas membuat debut global, Tesla model 3 ‘Highland’ nampaknya mula tiba di pasaran Malaysia.

Model permulaan buat Tesla ini ditawarkan dengan varian Standard Range iaitu pada harga RM 189,000 dan Long Range pada RM 218,000. Harga ini belum termasuk pilihan tambahan seperti warna istimewa dan ciri pandu sendiri di mana kedua-duanya boleh dimiliki dengan kos antara RM 5,000 – RM 32,000.

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi teknikal, Tesla Model 3 Standard Range hadir dengan motor elektrik belakang (RWD). 0 – 100 km/j mengambil masa 6.1 saat dan jarak pandunya (kitaran WLTP) boleh pergi sehingga 513 km.

Varian Long Range pula datang dengan dua motor (AWD) dan mempunyai jarak pandu mencecah 629 km (WLTP). Pecutan 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 4.4 saat.

Juga bacaRM 1.25/kWj, Supercharger di Pavilion KL dah boleh diguna tapi untuk anda yang pandu Tesla sahaja!

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 01

Berkenaan mengecas pula, semua varian menyokong jenis AC 11 kW. Jenis pantas DC untuk varian RWD adalah pada 170 kW, manakala varian AWD Long Range boleh menyokong sehingga 250 kW.

Untuk anda yang kisah tentang saiz rim, Tesla Model 3 Highland ditawarkan dengan pilihan 18-inci Photon Wheels dan 19-inci Nova Wheels di mana ia direka khas untuk meningkatkan tahap efisien dan estetik.

Juga bacaTesla membuka stesen pengecas Super pertamanya di Johor, kadar RM 0.63 / kWj untuk masa terhad

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 02

Masuk ke bahagian dalam, antara ciri yang ada pada Tesla Model 3 Highland adalah sistem audio yang dinaik taraf melalui penawaran 9 atau 17 pembesar suara dan penumpang belakang boleh mengawal pelbagai fungsi melalui skrin yang disediakan.

Antara elemen baru pada model ini adalah tombol tradisional telah diganti dengan kawalan pada bahagian stereng dan sebagai contoh, ia boleh mengawal lampu isyarat dan lampu tinggi.

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 03

Secara amnya, semua cermin lengkap dengan kaca akustik dua lapis dan ia mampu mengurangkan tahap bunyi sehingga 31 %.

Untuk pembeli yang berminat, Tesla Model 3 di Malaysia disokong oleh waranti 4 tahun/80,000 km, manakala baterinya sehingga 8 tahun/160,000 km. Waranti varian Long Range dan Performance pula boleh dilanjutkan sehingga 192,000 km, dengan syarat kapasiti bateri masih 70% atau lebih.

Tesla Model 3 Highland dilancar di Malaysia bermula RM 189k, jarak pandu cecah 629 km! 04

Seperti yang pernah kami laporkan, penyerahan kepada pelanggan dijangka beransur pada akhir tahun ini dan Tesla memberi jaminan bahawa pusat servis di ibu pejabat Cyberjaya akan memberi perkhidmatan terbaik.

Juga baca: Malaysia lancar Tesla Model Y - dari RM 199k, cecah 534 PS/660 Nm, jarak pandu sehingga 533 km!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Tesla Model 3 Long Range AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia