window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia!

Mersita · Jun 8, 2023 12:00 PM

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 01

Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ baru saja dilancarkan di Malaysia sebentar tadi di samping satu lagi model elektrik (EV), Mercedes-AMG EQE, di Zepp KL seiring dengan Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 02

Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ ini diimport (CBU) dari Jerman dan dijual pada harga RM 798,888. Bandingkannya dengan Mercedes-Benz EQS 500 4Matic biasa yang dipasang secara domestik (CKD) dengan harga bermula dari RM 648,888.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 01

Secara amnya, EQS 53 nampak seperti EQS biasa, namun pakar dari kilang Affalterbach telah menaiktarafnya dengan beberapa perincian hebat untuk EV ini. Memandangkan ia EV pertama ditawarkan Mercedes-AMG, sepasang motor elektrik di gandar hadapan dan belakang dipertingkatkan lagi untuk prestasi lebih mantap.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 02

Dilengkapi ‘permanently excited synchronous motors’ (PSM) yang menghasilkan kuasa 658 PS dan tork 950 Nm pada versi asasnya, apabila dinaiktaraf kepada pakej AMG Dynamic Plus angkanya meningkat kepada 761 PS and 1,020 Nm! Dengan kuasa dan tork sebanyak ini, ia boleh melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat sahaja.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 03

Naiktaraf AMG lain-lain termasuklah sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic+ 'fully variable' AMG Performance, sistem ‘air suspension’ AMG Ride Control+, sistem pembrekan komposit berprestasi tinggi, berserta AMG Sound Experience yang mnjadikan EV senyap ini mengaum gagah secara elektronik.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 04

EQS ini dikuasakan bateri litium-ion 400 V dengan kandungan boleh-guna sejumlah 107.8 kWh. Walaupun ia EV berprestasi tinggi, tempoh pengecasan baterinya (10% - 80%) didakwa boleh mencapai sependek 31 minit dengan menggunakan pengecas pantas DC 200 kW. Dibawah penilaian WLTP, EQS 53 mempunyai jarak gerak antara 529 - 586 km.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 05

EQS 53 juga mempunyai nilai ‘drag coefficient’ (Cd) 0.23, dibantu oleh beberapa bahagian AMG yang dioptimasikan secara aerodinamik termasuklah ‘splitter’ hadapan dengan langsir udara, ‘apron’ belakang dengan 6 sesirip membujur, berserta ‘spoiler’ belakang yang lebih besar.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 06

Penambahan AMG terus boleh dilihat di ruang dalamannya, seperti pada sarung tempat duduk AMG diperbuat daripada bahan kulit sintetik Artico, stereng AMG ‘flat bottom’ bersarung kulit Nappa, dan juga lapik kaki serta trim pintu AMG.

Harga dari RM 798k, 761 PS/1,020 Nm: Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ 2023 dilancarkan di Malaysia! 07

Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ ini dilancarkan sekali dengan 'adiknya' iaitu Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dengan harga bermula dari RM 649,888. Klik pautan di bawah untuk info lanjut tentang model ini.

Juga baca: Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz EQS AMG 53 4MATIC+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda