window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba

Mersita ยท Jun 10, 2023 06:00 PM

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba 01

Pelancaran Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dan Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ pada Khamis menandakan satu pencapaian bagi Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebagai jenama yang menawarkan paling banyak kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Kini, dengan portfolio berisi 7 model, MBM yakin dengan pertumbuhan EV di masa hadapan dan ini bermaksud lebih banyak model yang akan diperkenalkan kelak.

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba 02

AMG EQS dan AMG EQE

โ€œTentang bagaimana jualan kenderaan elektrik kami berkembang, saya dengan pastinya boleh katakan yang kami berada di landasan yang betul. Kami jangka sekurang-kurangnya pertumbuhan dua digit dari segi portfolio kami berkaitan EV tahun ini,โ€ kata Sagree Sardien, Presiden & CEO MBM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

โ€œYa, EV masih di tahap awal dalam industri. Sekarang, fokus kami ialah untuk membawa masuk portfolio produk yang lebih meluas, yang juga tidak akan berhenti di sini hari ini; (kami) pastinya akan teruskan sehingga ke penghabisan tahun ini, dan dengan itu kami percaya yang ini akan menyumbang kepada jumlah jualan,โ€ jelasnya lagi.

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba 01

EQE SUV โ€“ belum sampai di sini, tapi akan tiba seterusnya?

Pengenalan dua sedan ini semalam menandakan kehadiran sulung model AMG-EQ di Malaysia. Dalam skala lebih meluas, penawaran EV MBM cukup lengkap โ€“ merangkumi SUV dan sedan. Walaupun EQE SUV belum tiba di pasaran Malaysia, pendaftaran minat baginya sudahpun dibuka.

Lebih banyak yang perlu diusahakan untuk mengembangkan industri EV

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba 02

Memandangkan jualan EV menampakkan pertumbuhan, sokongan dari segi infrastruktur juga perlu selari untuk model-model EV yang dilancarkan. Berhubung isu ini, Sardien berkata walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, penambahbaikan yang dilihat setakat ini layak mendapat pujian.

โ€œPerkara yang benar-benar perlu dinilai sebagai sebuah industri adalah selepas pelancaran kereta, bagaimanakah keadaan EV di pasaran? Saya rasa semua pihak punyai banyak perkara yang perlu dilakukan bagi membolehkan penerimaan EV mencapai tahap yang diperlukan, namun saya rasa posisi kami cukup bagus sekarang; termasuklah semua komitmen daripada semua OEM termasuk kami sendiri untuk mendokong usaha elektrik ini,โ€ ujar Sardien lagi.

Juga baca: Mercedes-Benz Malaysia bakal bekerjasama dengan syarikat lokal untuk fasiliti pengecas EV

Mercedes-Benz Malaysia akan perkenal banyak lagi model EV, lebih infrastruktur akan tiba 03

Hab pengecasan EV, dibina atas kolaborasi di antara Petronas dan Mercedes-Benz di stesen Petronas Bandar Baru Ayer Hitam di Lebuhraya Utara-Selatan

Dalam hal ini, MBM telah memainkan peranannya dengan memperluaskan jumlah pengecas EV di dalam negara. Antara usaha paling ketara ialah 12 pengecas DC dipasang syarikat itu dalam rangkaian pengedarnya dan usahasama syarikat itu bersama Petronas dalam menyediakan hab-hab pengecas beberapa lebuh raya.

โ€œIni bukanlah penghujung perjalanan kami dari segi infrastruktur pengecasan. Kami baru saja mendirikan fasiliti kami sendiri dengan pengecas DC dan AC untuk mempercepatkannya, dan kami pastinya berpendapat bahawa ia merupakan usaha sama antara sektor awam dan swasta bagi memudahkan peningkatan jumlah infrastruktur pengecas,โ€ ulasnya lagi.

Juga baca: Kuantan akan buka lebih 100 pengecas EV menjelang 2025, PBT pertama pasang stesen sebegini

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz EQE 350+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia