window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm!

Mersita Ā· Jun 8, 2023 11:25 AM

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 01

Kehadiran sedan Mercedes-AMG EQE 2023 yang baru saja dilancarkan membawa saingan hebat dalam gelanggang EV mewah di Malaysia. E-Class versi elektrik sepenuhnya yang berprestasi tinggi ini diimport (CBU) dari Jerman dan dijual pada harga bermula dari RM 649,888 (OTR tanpa insuran).

Berasaskan platform EVA2 - sama dengan AMG EQS yang dilancarkan disampingnya - AMG EQE juga dibina dengan keluli dikitar semula 100%.

Spesifikasi Mercedes-AMG EQE 2023 di Malaysia

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Motor elektrik (eATS) hadapan dan belakang ā€“ yang bekerja bersama-sama untuk menghasilkan sistem pacuan semua roda (AWD) elektrik ā€“ menghasilkan gabungan kuasa 686 PS dan tork 950 Nm, dengan penambahan pakej AMG Dynamic Plus yang meningkatkan tork puncak kepada 1000 Nm. Pecutan 0-100 km/j dapat dicapai dalam 3.5 saat, sebelum mencecah pecutan puncak 240 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 01

Perlu diingatkan bahawa prestasi EV ini bukannya hasil talaan semata-mata. Kebanyakannya dihasilkan secara khusus; antaranya dengan motor elektrik buatan khas yang menggabungkan teknologi penyejukan tambahan supaya ia boleh bergerak secara optimum walau ā€˜dilenjanā€™ sepuas hati.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 02

Hasil buatan jenama mewah itu juga disertakan dengan penalaan khas sistem pengurusan bateri dan pendawaian abah-abah spesifik untuk AMG bagi prestasi yang mantap.

Kemaskini untuk sistem pengurusan baterinya juga boleh dimuatnaik secara 'over-the-air' (OTA).

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 03

Bateri litium-ion (Li-Ion) 90.6 kWh bersaiz besar dipasang di lantai kereta, dan Mercedes-Benz mendakwa buatannya lebih mampan disebabkan oleh penggunaan kobalt yang rendah (hanya 10 peratus daripada pembuatannya). Julat sementara menurut standard ujian WLTP ialah 458 ā€“ 527 km bagi satu cas penuh.

Pengecasan AC mencapai sehingga 11 kW, manakala pengecasan DC boleh mencapai 170 kW. Maka, kuasa elektrik untuk 180 km (WLTP) boleh dicapai dalam masa hanya 15 minit.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 04

Mercedes-AMG EQE ni juga dilengkapi ā€˜damping air suspensionā€™ adaptif AMG Ride Control+. Ditetapkan untuk menampung AMG EQE seberat 2,525 kg bukannya mudah, ia didatangkan dengan ā€˜bearingā€™ lebih keras dan ā€˜bearing clearanceā€™ yang dikurangkan supaya padan dengan penalaan khasnya.

Stereng gandar belakang didatangkan standard, dan AMG EQS 53 4Matic+ ini juga didatangkan sekali dengan AMG Dynamic Plus Package yang memberikan 'launch boost' dalam mode 'Race Start', dan AMG Sound Experience.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 05

Kaliper merah sebahagian daripada pakej

EV ini turut dilengkapi sistem brek AMG berprestasi tinggi; ā€˜caliperā€™ 6 omboh pada cakera 415 mm di hadapan, ā€˜caliperā€™ beromboh tunggal pada cakera 378 mm di belakang.

Luaran dan kelengkapan dalaman Mercedes-AMG EQE 2023

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 06

Dengan rekaan yang nampak mahal, ia dihiasi jejaring hitam istimewa di hadapan berperincian krom, LED Digital Light standard dengan ā€˜projectionā€™ AMG, serta apron hadapan bertema AMG.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 07

Di bahagian belakang pula terlihat beberapa perincian khusus seperti ā€˜diffuserā€™ dan ā€˜spoilerā€™ belakang lebih besar. Dengan AMG Night Package yang boleh didapati pada model pasaran kita, pembeli diberi rim AMG aloi ringan 21 inci berkemasan hitam dan perak dwi-tona.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 08

Ruang dalamannya juga terserlah ke-AMG-annya; dengan sarung kerusi istimewa iaitu sarung kulit sintetik Artico dengan perincian jahitan merah, dilengkapi fibermikro hitam/kelabu Microcut. Sebagai alternatif, pembeli juga boleh memilih kemasan sarung kerusi kulit Nappa. 

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 09

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 10

Kit AMG dalam bentuk pedal ā€˜sportā€™, lapik kaki, trim pintu, dan stereng ā€˜performanceā€™ didatangkan standard. Trim 'carbon fibre' pada konsol tengahnya menyerikan lagi suasana kabin.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 11

EQE biasa didatangkan dengan tetapan dua skrin standard, namun AMG EQE terbaru ini dilengkapi tetapan Hyperscreen tiga skrin, ditambah lagi dengan 'head-up display' (HUD). Pakej Premium Plus mempersiapkan EV ini dengan sistem bunyi 'surround' 3D Burmester, pencahayaan ambien aktif, dan kawalan iklim automatik Thermotronic.

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 12

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 13

Ada panoramic sunroof

Serupa dengan AMG EQS, AMG EQE mempunyai AMG Track Pace yang merekodkan, secara kekal, lebih daripada 80 data spesifik kepada kenderaan tersebut. Perisian Mercedes-Benz (MBUX) didatangkan sekali dengan 'augmented reality', disertakan sekali dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, dan juga fungsi-fungsi khas AMG.

Fungsi Keselamatan Mercedes-AMG EQE 2023

Harga dari RM 650k, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilancarkan di Malaysia - Jarak gerak hingga 527 km, 686 PS/1000 Nm! 14

Kiri - kanan: AMG EQS, AMG EQE

Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ dilengkapi dengan Driving Assistance Plus Package yang merangkumi:

  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Extended automatic re-start untuk situasi kesesakan trafik
  • Sokongan evasive manoeuvre
  • Pre-Safe impulse side
  • Penderian belakang untuk lane departure assistant

Ia juga menampilkan Parking Package dengan kamera 360 darjah dan Active Parking Assist.

Pakej waranti Mercedes-AMG EQE 2023 di Malaysia

Pemilik Mercedes-AMG EQE 2023 baru boleh menikmati waranti standard 4 tahun, manakala bateri bervoltan tingginya disertai waranti 10 tahun/250,000 km ā€“ mana-mana yang dicapai dahulu.

Juga baca: Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG ā€“ jajahan EV bermula sekarang

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz EQE 350+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia