window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km

Faisal Β· Oct 5, 2023 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 01

Pada bahagian luar, Smart #1 Brabus menampilkan beberapa penambahan daripada varian Premium tetapi ia kekal dengan beberapa kelengkapan seperti lampu LED CyberSparks Matrix, lampu isyarat jenis sequential, pencahayaan pada gril depan dan pemegang pintu serta logo pada tiang-C.

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 02

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 03

Selain itu, terdapat bumbung panoramik, rel bumbung dan but belakang berkuasa dengan akses tanpa tangan.

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 04

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 05

Tetapi apa yang membezakan varian mercu ini adalah kit badan Brabus, bampar yang lebih agresif, spoiler belakang yang lebih panjang dan rim 19-inci β€˜Dynamo’ yang lengkap dengan kaliper brek berwarna merah.

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 06

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 07

Dari segi warna badan, terdapat 6 pilihan dwi-tona dan satu warna satu tona seperti di bawah:

  • Meta Black (bumbung Radiant Red)
  • Laser Red (bumbung Eclipse Black)
  • Cyber Silver (bumbung Radiant Red)
  • Cyber Silver (bumbung Eclipse Black)
  • Digital White (bumbung Eclipse Black)
  • Atom Grey Matte (bumbung Radiant Red)
  • Atom Grey Matte (bumbung berwarna sama)

Interior

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 08

Masuk ke bahagian dalam, kabin Smart #1 Brabus datang eksklusif dengan kombinasi warna kelabu/merah (termasuk tali pinggang), emblem berhuruf B pada perehat kepala, jahitan merah, bahan fibremikro pada tempat duduk dan stereng berbahan kulit dan Alcantara.

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 09

Selain daripada itu, kelengkapannya kekal sama dengan varian Premium di mana terdapat pelaras tempat duduk depan jenis elektrik dengan fungsi pemanas dan penyejuk, pencahayaan ambient lighting, kluster digital 9.2 inci (dengan head-up display), penyaman udara dwi-zon serta infotainment 12.8 inci yang menyokong Apple Carplay/Android Auto.

Di samping itu, kabin Smart #1 Brabus hadir dengan pengecas nirwayar, tempat menyimpan barang yang boleh disejuk dan sistem audio Beats 640-watt dengan 13 pembesar suara.

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 10

Antara ciri lain yang ada termasuklah but depan berkapasiti 15 liter, ruang kargo maksimum pada 986 liter apabila tempat duduk dilipat rata dan tempat duduk belakang yang boleh diganjak sebanyak 130 mm untuk mengutamakan ruang kaki atau ruang meletak barang di bahagian but.

Trenkuasa

Malaysia prebiu Smart #1 Brabus pada anggaran RM 250k, pertama di ASEAN, jarak pandu 400 km 11

Soal nadi, Smart #1 versi Brabus tampil unik dengan dua motor elektrik yang memberi kuasa sebanyak 428 PS/543 Nm. Pecutan 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 180 km/j.

Dari segi teknikal, varian Brabus juga menggunakan bateri NMC berkapasiti 66 kWj tetapi dengan menggunakan dua buah motor, jarak pandunya menurun daripada 440 km pada Smart #1 biasa kepada 400 km (kitaran WLTP) sahaja.

Soal cas pula, jenis AC menyokong sehingga 22 kW dan mengecas dari 10 – 80% mengambil masa 3 jam. Jenis pantas DC pula menyokong sehingga 150 kW, sekaligus berupaya membuat pengecasan dari 10 – 80% dalam masa 29 minit sahaja.

Secara amnya, Smart #1 di Malaysia hadir dengan varian Pro, Premium dan Brabus, dengan penawaran harga antara RM 200,000 - RM 250,000.

Mereka yang berminat boleh berhubung dengan pengedar Smart yang terdekat, atau muat turun aplikasi Hello Smart. Pembeli awal akan mendapat kredit bernilai RM 1,001 dalam aplikasi tersebut.

Juga bacaSmart Malaysia lancar aplikasi Hello Smart - siap ada peta mengecas, untuk anda buat 'loan' pun boleh!

@wapcar_zamil Ke baik beli Tesla Model Y? Hmm.... #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #smart1 #smartmalaysia #smartone #smartbrabus #fyp #reviewkereta #wapcar ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia