window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart Malaysia lancar aplikasi Hello Smart - siap ada peta mengecas, untuk anda buat 'loan' pun boleh!

Faisal ยท Sep 14, 2023 12:15 PM

Smart Malaysia lancar aplikasi Hello Smart - siap ada peta mengecas, untuk anda buat 'loan' pun boleh! 01

Memandangkan pelancaran Smart #1 oleh Pro-Net (Smart Malaysia) sudah makin dekat, syarikat itu kini memperkenalkan dahulu aplikasi Hello Smart. Menariknya, terdapat juga peta mengecas yang sudah merangkumi 70 bilangan stesen mengecas awam. Membuat proses tempahan dan permohonan pinjaman juga disediakan dalam aplikasi tersebut.

Secara teknikal, aplikasi ini ada 4 menu utama seperti di bawah:

  1. Discover Tab โ€“ pengguna boleh akses ke berita terkini, laman komuniti, lampiran digital untuk produk dan notifikasi.
  2. Vehicle Tab โ€“ pengguna boleh memperibadikan kereta mereka, menganggarkan bayaran bulanan dan mengetahui pilihan pembiayaan yang ada beserta membuat permohonan pinjaman.
  3. e-Mall Tab โ€“ stor dalam talian yang menawarkan aksesori menarik Smart. Pengguna juga boleh mendapat mata royalti.
  4. Profile Tab โ€“ merumuskan semua fungsi aplikasi Smart berserta profil pilihan keperibadian.

Smart Malaysia lancar aplikasi Hello Smart - siap ada peta mengecas, untuk anda buat 'loan' pun boleh! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai peta mengecas yang disebutkan tadi, pengguna secara amnya boleh menempah slot untuk stesen mengecas dan membuat bayaran terus dari aplikasi.

Kalau anda nak tahu, Smart Malaysia telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan dari ekosistem pengecasan EV untuk menghasilkan peta mengecas yang begitu komprehensif untuk sesebuah jenama kereta di Malaysia.

Antara paparan yang ada termasuklah pilihan stesen yang boleh diguna secara langsung. Disebabkan itu, pengguna tidak lagi perlu bergantung dengan pelbagai aplikasi kerana Hello Smart sahaja sudah cukup untuk di mana ia boleh mengesan stesen pengecas yang ada secara langsung, mengaktifkan pengecasan dan melengkapkan bayaran.

Satu lagi kebolehan aplikasi ini adalah One-Stop Service Home Charging Solution di mana pengguna boleh terus membuat pembelian, pemasangan dan temujanji untuk memasang SmartCharge Home Chargers, sekaligus dapat mengurangkan urusan dan masa untuk pemilik.

Smart Malaysia lancar aplikasi Hello Smart - siap ada peta mengecas, untuk anda buat 'loan' pun boleh! 01

Untuk pengetahuan anda, pelbagai lagi ciri akan diperkenalkan memandangkan Smart Malaysia telah menjanjikan pembaikan dan lebih kemudahan dalam kemaskini yang akan datang pada suku 4 2023 nanti.

Aplikasi Hello Smart boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Pelanggan yang berminat dengan Smart #1 pula boleh membuat tempahan secara dalam talian dengan bayaran RM 1,000 di sini.

Juga bacaIni 15 gambar interior Smart #1 untuk rakyat Malaysia tentukan sama ada berbaloi tak tunggu EV ini

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia