window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih!

Faisal Β· Sep 15, 2023 10:18 AM

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi baru sahaja memperkenalkan dua varian baru untuk Hyundai Ioniq 6 iaitu Lite dan Plus.

Kini, penawaran Ioniq 6 di Malaysia adalah seperti di bawah:

  • Lite RWD - RM 219,888
  • Plus RWD – RM 249,888
  • Max RWD – RM 289,888
  • Max AWD – RM 319,888

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar, kedua-dua varian Lite dan Plus nampak sama dengan varian Max. Yang berbeza adalah penggunaan motor belakang dengan 151 PS/350 Nm. Kedua-dua varian juga boleh membuat pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 8.8 saat.

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 01

Kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 53 kWj yang memberikan jarak pandu sehingga 429 km (kitaran WLTP). Dengan menggunakan arkitektur 800-v seperti varian Max, pengecasan DC boleh menyokong sehingga 350 kW, manakala jenis AC sehingga 11 kW.

Kedua-dua varian baharu juga lengkap dengan ciri Vehicle-to-Load (V2L), infotainment dan kluster digital 12.3 inci, penyambungan Apple CarPlay/Android Auto, pencahayaan kabin dengan 64-warna, pengecas nirwayar, but belakang berkuasa dan bermacam-macam lagi.

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 02

Selain itu, varian Lite menggunakan tempat duduk fabrik berpelaras manual dan kabinnya hadir dengan sistem audio 6-pembesar suara, bukan Boss. Satu ciri yang tiada pada kedua-dua varian baharu ini juga adalah Head-Up Display.

Dari segi keselamatan, semua varian lengkap dengan 7 beg udara dan sistem bantuan keselamatan ADAS yang merangkumi ciri:

  • Lane Keeping Assist
  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • Smart Cruise Control with Stop & Go

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 03

Untuk pelanggan yang berminat, Ioniq 6 varian Lite dan Plus ditawarkan dengan 5 pilihan warna seperti yang diberi pada varian Max iaitu Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte.

Secara amnya, Hyundai Ioniq 6 2023 datang dengan waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km, manakala waranti standard untuk kereta adalah 2 tahun/50,000 km. Untuk makluman anda, pelanggan boleh menaik taraf tempoh tersebut kepada 5 tahun/100,000 km dengan tambahan RM 10,000. Melalui jumlah sama juga, mereka akan mendapat servis percuma selama 3 tahun/50,000 km.

Bermula RM 219k, Hyundai Ioniq 6 2023 di Malaysia kini ada varian RWD Lite & Plus untuk anda pilih! 04

Menariknya, 30 pemilik pertama akan mendapat keahlian Shell Recharge Gold secara percuma.

Tempahan untuk Hyundai Ioniq 6 boleh dibuat melalui bilik pameran Hyundai atau melalui dalam talian. Penyerahan varian Lite dan Plus pula dijadualkan bermula dalam suku 4 tahun ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Hyundai Ioniq 6 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia