window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023?

Faisal Β· Oct 18, 2023 02:54 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata beliau, β€œKami teruja untuk menyampaikan ketibaan EQS SUV pada Jumaat ini, dengan rancangan untuk melancarkan satu lagi model elektrik sebelum tahun 2023 melabuhkan tirai. Usaha ini bertepatan dengan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan elektrik yang inovatif dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan buat pelanggan di Malaysia”.

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 01

Secara global, terdapat 3 varian EQS SUV iaitu EQS 450+ yang datang dengan motor elektrik belakang beroutput 360 PS/568 Nm. Atas daripadanya adalah EQS 450 4Matic yang menggunakan dua motor (AWD), secara tidak langsung menghembuskan output sebanyak 360 PS/800 Nm.

Varian paling atas pula dikenali sebagai EQS 580 4Matic yang memberikan output 544 PS/858 Nm.

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 02

Ketiga-tiga varian hadir dengan bateri ion-litium berkapasiti 107.8 kWj dan varian 450+ mempunyai jarak pandu paling jauh iaitu sehingga 660 km (kitaran WLTP), manakala varian 450 4Matic dan 580 4Matic pada 613 km.

Dari segi mengecas pula, EQS SUV menyokong AC sebanyak 11 kW yang mengambil masa 10 jam untuk satu cas penuh. 22 kW sebagai kos tambahan juga ada di mana ia mengurangkan masa tersebut kepada 5 jam. Pengecas pantas DC pula menyokong sampai 200 kW dan untuk kaedah ini, mengecas dari 10 – 80 % hanya mengambil masa 31 minit sahaja.

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 03

Mengenai satu lagi model yang bakal dilancarkan sebelum tahun 2023 berakhir, semua model elektrik Mercedes EQ sudah ada dalam pasaran kita, kecuali EQE SUV.

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 04

Menariknya, Mercedes-Benz Malaysia sudahpun membuka pendaftaran minat (ROI) buat model tersebut. Di peringkat global, EQE SUV hadir dengan 3 varian iaitu EQE 350+, EQE 350 4Matic dan EQE 500 4Matic.

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 05

Dari segi kuasa, perbezaannya adalah seperti di bawah:

  • EQE 350+ - 292 PS/565 Nm
  • EQE 350 4Matic – 292 PS/765 Nm
  • EQE 500 4Matic – 408 PS/858 Nm

Mercedes-Benz EQS SUV akan tembus pasaran kita Jumaat ini, EQE SUV pula menjelang akhir 2023? 06

Kesemua varian hadir dengan bateri berkapasiti 90.6 kWj yang memboleh ia pergi sehingga 590 km (WLTP, EQE 350+).

Pilihan mengecas pula adalah AC 11 kW (22 kW sebagai kos tambahan) serta jenis pantas DC sehingga 170 kW.

Juga bacaMercedes-Benz EQE SUV akan tiba di Malaysia; ROI dibuka, jarak pandu 590 km, saing BMW iX?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz EQE SUV Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia