![Anda nak beli EV tapi tak mahu Tesla atau jenama dari China? Tunggu Toyota bZ4X di Malaysia ini 01]()
Kalau anda perasan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, pengeluar dari China begitu agresif dalam memperkenalkan produk-produk mereka. Walaupun teknologi yang diketengahkan agak menggagumkan, rakyat Malaysia sebenarnya tetap berpihak kepada jenama tempatan atau dari buatan Jepun, khususnya Toyota. Persoalannya, mana EV mereka?
![Anda nak beli EV tapi tak mahu Tesla atau jenama dari China? Tunggu Toyota bZ4X di Malaysia ini 02]()
Inilah dia dalam bentuk Toyota bZ4X. Untuk pengetahuan anda, SUV EV ini menggunakan platform e-TNGA yang dibangunkan bersama oleh Subaru dan Toyota. Soal nama, huruf bZ bermaksud ‘Beyond Zero’ dan 4 pula mewakili saiz atau segmen iaitu dalam segmen C/D. X pula bermaksud SUV atau crossover.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Secara amnya, terdapat dua varian iaitu FWD dan AWD dan model yang anda lihat ini adalah versi FWD yang menggunakan motor elektrik depan yang menghasilkan 204 PS/266 Nm. Kalau anda nak tahu, varian AWD mempunyai dua motor (depan dan belakang) dan ia menghasilkan 218 PS/337 Nm.
![Anda nak beli EV tapi tak mahu Tesla atau jenama dari China? Tunggu Toyota bZ4X di Malaysia ini 01]()
Untuk makluman anda, Toyota bZ4X di Indonesia dijual pada harga 1.19 bilion IDR (~RM 334,209). Di Thailand pula, varian yang ada hanyalah AWD dan ia dijual pada harga 1.836 juta THB (~RM 236,782).
![Anda nak beli EV tapi tak mahu Tesla atau jenama dari China? Tunggu Toyota bZ4X di Malaysia ini 02]()
Dari segi teknikal, kedua-dua varian datang dengan bateri ion-litium berkapasiti 71.4 kWj dan varian FWD mempunyai jarak pandu (WLTP) sebanyak 500 km. Varian AWD pula boleh pergi sejauh 411 km dengan sekali cas.
![Anda nak beli EV tapi tak mahu Tesla atau jenama dari China? Tunggu Toyota bZ4X di Malaysia ini 03]()
Bagi anda yang belum tahu, kerajaan Malaysia kini menawarkan insentif pengecualian duti import dan eksais buat EV yang diimport (CBU) dan ia ditawarkan sehingga 31 Disember 2024.
Jadi, inilah gambaran awal mengenai Toyota bZ4X di Malaysia. Apabila dilancarkan nanti, agak-agak berapa harga SUV EV Toyota ini?
Juga baca: Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });