window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi

Faisal Β· May 12, 2023 11:00 AM

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 01

Sebentar tadi, UMW Toyota Motor (UMWT) sekali lagi mempertontonkan kereta elektrik Toyota bZ4X di Malaysia. Sebelum ini, EV pertama Toyota ini telahpun diprebiu pada Januari lepas.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 02

Untuk sekarang, UMWT membawa masuk 6 unit dalaman ini di atas tujuan menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan serta untuk kerja-kerja pembangunan di antara sektor kerajaan dan swasta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta ini juga akan diguna untuk mengumpul data dan kajian penggunaan serta tabiat mengecas dari pengguna. Aspek seperti jarak pandu, ketahanan bateri untuk cuaca panas dan lembap dan maklum balas dari pengguna juga termasuk dalam penilaian.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 01

Kalau anda nak tahu, pelancaran lokal sememangnya ada dalam perancangan UMWT tetapi garis masanya masih belum dapat dipastikan. Antara sebabnya ialah kenderaan masih menjalankan fasa kajian dan secara global pula, terdapat isu bekalan yang terhad. Perkara ini dapat dilihat pada pasaran besar EV seperti di Amerika dan juga Eropah.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 02

Mengenai spesifikasi model yang dibawa masuk ini, ia merupakan varian yang mempunyai jarak pandu maksimum iaitu 500 km (kitaran WLTP).

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 03

Permukaan bawah badan bZ4X yang rata meningkatkan prestasi aerodinamik sehingga mencecah serendah 0.28 Cd.

Cumanya, bZ4X ini hanya berpacuan roda depan, bukan semua roda seperti yang ada di Thailand (jarak pandu 411 km).

Juga bacaEV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah!

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 04

Apapun, kesemua varian Toyota bZ4X hadir dengan bateri ion-litium 71.4 kWj. Kuasa dijana oleh motor elektrik depan yang menghasilkan 204 PS dan 266 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 8.4 saat.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 05

Dari segi pengecasan, ia menyokong jenis pantas DC 150 kW, manakala jenis AC pula pada 6.6 kW sekiranya anda guna penyambung Type 2.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 06

Dengan pengecas 90 kW, mengecas dari 0 – 80% hanya mengambil masa 40 minit. Kalau anda guna jenis AC pula, ia memakan masa sehingga 12 jam. Menurut Toyota, walaupun selepas 10 tahun, 70% daripada kapasiti baterinya akan tetap kekal.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 07

Model yang dipertunjukkan ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 08

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 09

Pada bahagian dalam, tempat duduknya menggunakan bahan kulit sintetik dan terdapat infotainment 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto, kluster digital 7 inci dan roda stereng bulat sejati, bukan jenis yoke yang ada pada pasaran lain. Sistem bantuan keselamatan ADAS Toyota Safety Sense juga ada.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 10

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 11

Untuk visual luar pula, Toyota bZ4X ini lengkap dengan rim dwi-tona 20 inci dan lampu LED.

Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi 12

Secara amnya, Toyota bZ4X belum tembus pasaran Malaysia dan masih belum ada maklumat baru mengenainya. Apapun, UMWT menjanjikan bahawa EV adalah sebahagian daripada pelan produk syarikat itu.

Juga bacaPandang pertama EV Toyota bZ4X spesifikasi Malaysia - dilancarkan tak lama lagi?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia