window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat!

Faisal Β· May 12, 2023 01:00 PM

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 01

Sekitar Mac yang lalu, Malaysia telah turut serta menyertai Asia Zero Emission Community (AZEC) yang mana ia diketuai oleh Jepun dengan azam untuk mempercepatkan nyahkarbon di negara-negara Asia. Salah satu aspek yang diketengahkan adalah tenaga bersih.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 02

Stesen penjana kuasa arang batu di Kapar. Hanya 5% daripada tenaga di Malaysia adalah jenis diperbaharui

Matlamat nyahkarbon AZEC ini bermula dengan mempertingkatkan tahap efisyen tenaga. Apapun, perkara ini merangkumi sains tenaga boleh diperbaharui, pembangunan grid dan pelan, serta polisi jangka masa panjang.

Dalam istilah mudah, semua aspek diambil kira dan tiada satu jawapan yang tepat dalam menjawab masalah karbon secara global.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nyahkarbon Malaysia

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 01

Presiden Toyota Motor Corporation, Koji Sato sedang membentangkan pilihan trenkuasa yang ada dalam Toyota. Strategi sama akan diterapkan di sini.

Jalan penyelesaian tidak tertakluk pada satu idea semata-mata. Karbon pula secara dasarnya adalah kandungan yang besar. Jadi, ia memerlukan kerjasama dari pelbagai sudut. Jika difikir dengan lebih mendalam, langkah terhadap neutraliti karbon sebenarnya bermula dari individu seperti kita dan dalam konteks ini adalah sewaktu membeli kereta.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 02

Secara amnya, setiap orang ada sebab tersendiri akan kenapa ia pilih model tersebut dan salah satu faktor mudah adalah kos.

Mudah kata, ada banyak peranan yang boleh membantu nyahkarbon dalam sektor pengangkutan dan UMW Toyota Motor (UMWT) turut mempunyai pendapat sama.

Logik nyahkarbon ini adalah ia memerlukan komitmen jangka masa panjang dan perlu ada tindakan yang secepatnya. Jadi, disebabkan itulah banyak pertikaian dalam menutup sesuatu teknologi bagi memberi laluan kepada yang lain.

Initiatif penyelesaian pelbagai hala untuk Malaysia

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 03

Toyota Corolla Cross menggunakan trenkuasa sama dengan Prius generasi pendahulu yang dipamerkan ini.

Mewakili unjuran ini adalah sokongan UMWT terhadap matlamat Malaysia dalam menjadi masyarakat karbon neutral menjelang 2050. Sebagai langkah mendekatkan hubungan dengan para pihak berkepentingan dalam sektor pengangkutan dan tenaga, UMWT baru-baru ini membuat pameran berkenaan jalan penyelesaian atau strategi pelbagai hala untuk negara ini.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 04

Enjin THS Gen 4 yang turut digunapakai pada Corolla Cross Hybrid.

Dalam simposium ini, terdapat model potong Toyota Hybrid System (THS) dari Prius generasi pendahulu, Toyota Camry Hybrid dan kereta elektrik (BEV) Toyota bZ4X.

Awal tahun ini juga, UMWT telah memulakan gerakan hidrogen melalui sedan berkuasa sel bahan api hidrogen (FCEV) iaitu 5 unit Toyota Mirai kepada Kerajaan Negeri Sarawak, sekaligus melengkapkan penawaran trenkuasa UMWT yang terdiri daripada enjin pembakaran konvensional petrol, elektrik dan hidrogen.

Juga bacaUMW Toyota serah Toyota Mirai kepada k'jaan Sarawak, satu-satunya armada kenderaan berkuasa hidrogen di Malaysia!

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 05

Bateri nickel-metal hydride (NiMH) yang diguna pada beberapa model hibrid Toyota.

Walaupun ada pelbagai hala, UMWT buat masa ini menekankan fokus pada HEV (hybrid electric vehicles) seperti Corolla Cross Hybrid dan ada lagi model yang akan datang. Strategi ini dapat membina tapak yang kukuh untuk mula mengurangkan kadar pelepasan karbon hari ini. tanpa memberikan sebarang kompromi dalam ketenangan pemanduan jarak jauh.

Selain itu, UMWT menegaskan bahawa kepelbagaian infrastruktur yang terdapat di seluruh negara adalah sebab kenapa perlunya ada pelbagai pilihan dalam pasaran. Dapat mengurangkan kadar pelepasan kepada sifar sememangnya bagus tetapi sebelum itu, perlulah ada pengurangan secara berkala.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 06

Hibrid plug-in (PHEV) hampir sama efisyen dengan kenderaan elektrik (BEV).

Kata Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, β€œToyota ada strategi pelbagai hala terhadap neutraliti karbon dan perkara ini dapat dilihat pada trenkuasa hijau yang dipertunjukkan ini. Setiap satunya dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan di pelbagai pelusuk dunia. Untuk Malaysia, kami percaya HEV adalah paling sesuai memandangkan kita ada sumber bahan api dari penjana elektrik dan infrastrukur mengecas di kawasan luar bandar. Untuk tahun 2023, kami akan menambah lagi bilangan model HEV”.

Langkah ke masa hadapan

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 07

Tidak dinafikan bahawa Toyota menganggap BEV sebagai trenkuasa paling cekap tenaga tetapi ia perlu disokong oleh infrastrukur yang lestari. Inilah aspek yang perlu dimainkan oleh EV Toyota bZ4X iaitu penilaian dari pasukan teknikal syarikat dan dari pihak berkepentingan dalam sektor kerajaan dan swasta.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 08

Walaupun belum dijual, kerja-kerja infrastruktur untuk sokong penggunaan kereta itu sedang dijalankan dan dalam konteks ini, syarikat akan menyokong matlamat Malaysia untuk membina 4,000 stesen mengecas menjelang akhir tahun ini.

Menariknya, UMWT juga berkata bahawa banyak lagi kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan yang mana mereka berkata bahawa tiada seorang pun yang tertinggal dalam menggerakkan aspirasi masa depan neutral karbon di Malaysia.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 09

Transisi kepada ekonomi berpusat adalah sama penting dengan idea-idea hijau yang lain.

Jelas Datuk Ravindran K lagi, β€œPelanggan Toyota datang dari pelbagai latar belakang dan kami percaya akan penawaran pelbagai pilihan kepada mereka. Mereka sendiri yang akan menentukan jalan penyelesaian hijau yang mana paling sesuai untuk mereka. Kami di UMWT akan kekal menilai pilihan yang ada dan akan memperkenalkan kepada pelanggan pada masa yang tepat”.

Toyota ambil pendekatan pelbagai dalam pengurangan karbon, EV sahaja bukan jawapan tepat! 10

Secara keseluruhan, neutraliti karbon adalah satu teka-teki yang kompleks dan UMWT berkata bahawa mereka akan kekal menyelesaikannya, dari kereta, kilang yang berkuasa tenaga bersih, penanaman pokok, sehinggalah ke pembinaan bangsa dan komuniti yang intelek dalam penggunaan bebas karbon.

Baca: Malaysia sekali lagi prebiu EV Toyota bZ4X - jarak pandu 500 km, 6 unit untuk penilaian pasaran dan pembangunan elektrifikasi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia