window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton sasar jualan tahunan 500,000 kereta menjelang 2035, NEV & eskport merangkumi 50%

Faisal · Oct 18, 2023 10:57 AM

Proton sasar jualan tahunan 500,000 kereta menjelang 2035, NEV & eskport merangkumi 50% 01

Proton baru-baru ini didakwa menetapkan sasaran untuk menjual sehinga 500,000 kereta setiap tahun menjelang 2035. 50% daripadanya pula adalah dari pasaran eksport dan kenderaan tenaga baharu (NEV) seperti Proton X90.

Menurut penganalisis Public Investment Bank iaitu Denny Oh, Proton menyasarkan untuk meningkatkan jualannya kepada 310,000 unit setahun menjelang 2030, berbanding 141,000 unit yang dicatatkan untuk 2022 dan 104,000 unit setakat Ogos tempoh hari.

Juga bacaJualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton sasar jualan tahunan 500,000 kereta menjelang 2035, NEV & eskport merangkumi 50% 01

Proton X90 di majlis pelancaran di pasaran Afrika Selatan.

Kata beliau, kapasiti pengeluaran tahunan Proton sekarang adalah sebanyak 330,000 unit, 250,000 unit dari kilang Tanjung Malim dan 80,000 unit dari kilang Shah Alam.

Selain itu, Denny memaklumkan bahawa Proton telah melabur RM 4 bilion untuk tempoh 2018-2023 dan mereka merancang untuk melabur RM 6 bilion untuk tempoh 2024-2030 bagi mencapai sasaran jualan yang sebegitu tinggi.

Proton sasar jualan tahunan 500,000 kereta menjelang 2035, NEV & eskport merangkumi 50% 02

Jelas Denny, sasaran Proton itu dipacu oleh kerjasama Geely dan pembangunan projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang akan menjadikan Tanjung Malim sebagai hab automotif serantau.

Juga bacaPelaburan hab EV AHTV di Proton City naik ke RM 40 bilion - peluang pekerjaan bakal bertambah

Proton sasar jualan tahunan 500,000 kereta menjelang 2035, NEV & eskport merangkumi 50% 03

Ulas beliau, hab yang berkeluasan 4,000 ekar ini diibarat seperti Toyota City di Jepun ataupun Volkswagen City di Jerman dan Proton sendiri akan memindahkan operasi mereka di Shah Alam ke Tanjung Malim sepenuhnya menjelang 2026/2027.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda