Hukuman RM 2,000/6 bulan penjara bagi kesalahan kereta 'tinted' gelap terlalu berat untuk rakyat
Faisal · Oct 13, 2023 12:21 PM
0
0
Menurut Datuk Seri Halim Ishak selaku Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), pihaknya menerima banyak bantahan dan rungutan berhubung hukuman denda tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan buat kesalahan cermin gelap. Kalau anda nak tahu tahu, bagi sebitan berikutnya pula, denda adalah tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Jelas beliau, Kementerian Pengangkutan disarankan mengkaji semula akan pelaksanaan hukuman tersebut berdasarkan situasi ekonomi dan bebanan komuniti rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, dengan kenaikan harga barang menjadi isu utama ketika ini.
Katanya lagi, “Kita bukan membantah hukuman kepada pesalah tetapi janganlah terlalu melampau sehingga dikenakan denda sebegitu berat. Lagipun, ia bukan kesalahan kategori jenayah sedangkan isu lebih serius berkaitan jenayah ekonomi, penyeludupan dan sindiket pendatang asing tanpa izin pun ada yang tidak dipenjarakan”.
Ulas Halim lagi, tindakan perlu dijuga dikenakan terhadap premis cermin gelap seperti pengusaha premis aksesori dan pemasangan cermin gelap yang melanggar syarat seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Apapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memaklumkan bahawa mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.