window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei

Faisal · Sep 22, 2023 03:14 PM

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 01

Matlamat jangka masa panjang Proton sememangnya merangkumi juga pertumbuhan untuk pasaran eksport. Pencapaian tahun 2022 mereka pula menunjukkan harapan yang bagus kerana ia meningkat sehingga 79% (5,406 unit) berbanding tahun 2021.

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 02

Dan kini, model mercu mereka iaitu Proton X90 telah dilancarkan di 3 pasaran eksport yang baru iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, Mauritius merupakan pasaran eksport pertama yang memperkenalkan Proton X90 iaitu pada 4 Ogos di Le Salon de L’ Automobile, SVICC, Pailles. Pelancaran di Afrika Selatan pula lebih megah iaitu di Kyalami Grand Prix Circuit dalam Festival of Motoring dari 25-27 Ogos lalu.

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 01

Antara yang hadir di Afrika Selatan termasuklah sokongan dari Kementerian Luar Negeri dan Yap Wei Sein selaku Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sana.

Dalam masa yang sama, pelancaran di Brunei pula dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam iaitu Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah serta Tan kah Boon iaitu pengedar dan pengimport Proton  yang dikenal sebagai Pad and Econ Motors.

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 02

Jelas Steven Xu selaku Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, “2023 adalah tahun yang cukup mencabar buat perniagaan eksport Proton kerana pasaran eksport yang terlibat mengalami isu ekonomi. Apapun, usaha kami untuk mencari peluang di pasaran luar kekal berterusan dengan fokus di negara Fiji, Ghana, Trinidad and Tobago, Iraq dan bermacam-macam lagi”.

“Pelancaran Proton X90 sebagai New Energy Vehicle (NEV) pertama syarikat di 3 pasaran eksport ini hanya mengambil masa 3 bulan dari pelancaran di Malaysia. Kami melihat ini sebagai pelaburan untuk masa hadapan”.

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 03

Menariknya, pelancaran X90 di Brunei pada bulan lepas juga menyaksikan bulan terbaik dari segi jualan Proton Brunei. Untuk makluman anda, tahap populariti model Proton di sana meningkat dengan begitu ketara dan kumpulan pertama X90 juga terjual dengan begitu pantas.

Untuk pengetahuan anda, jumlah volum industri di Brunei secara tahunan hanya 13,000 unit tetapi dengan Proton Brunei mencapai 100 unit untuk Ogos 2023, ia sesuatu yang cukup membanggakan.

Jualan eksport naik 79% pada 2022, Proton X90 kini tembus pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei 04

Kata Steven, “Prestasi jualan yang kukuh di Brunei untuk tahun ini adalah hasil daripada kekuatan barisan model kami dan usaha kami sebagai pengimport”.

Bagi anda yang belum tahu, harga jualan Proton X90 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • X90 1.5 TGDI Standard – RM 123,800
  • X90 1.5 TGDI Executive – RM 130,800
  • X90 1.5 TGDI Premium – RM 144,800
  • X90 1.5 TGDI Flagship – RM 152,800

Juga bacaJualan Proton X90 paling laris dalam kelas segmen D - 2,225 unit telah diserahkan! Korang dah beli ke?

@wapcar_zamil Wow, baiknya Proton bagi macam-macam kepada bakal pemilik X90! Amacam, menarik tak?#learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #proton #protonx90 #x90 #wapcar ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda