window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya?

Faisal · Jul 27, 2023 04:10 PM

Mazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya? 01

Anda yang pernah cuba pandu uji Proton X90 pasti perasan bahawa pemanduannya agak memuaskan. Kalau anda nak tahu, penanda arasnya ialah Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe.

Mazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya? 02

Mazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jelas Zabani bin Hj. Yaakob selaku Ketua Jurutera Kenderaan buat X90, “Ini adalah kereta segmen D dan penanda aras yang dipilih adalah Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe. Kedua-dua model adalah pesaing utama kami dan anda boleh merasai perbezaan antara kedua-dua kereta itu dengan X90”.

“Ini merupakan produk yang beraspirasi tinggi. Jadi, melabur dengan banyak adalah wajib untuk membawa X90 setaraf dengan model yang disebutkan dan antara penambahbaikan terbesar yang dibuat termasuklah penggunaan suspensi belakang jenis multi-link”.

Mazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya? 01

Suspensi belakang jenis multi-link pada Proton X90.

Bagi anda yang belum tahu, Malaysia adalah satu-satunya pasaran model ini yang guna susunan suspensi tersebut.

Kata Hazrin Fazail Harron selaku Ketua Kumpulan Jurutera di Proton pula, “Asalnya ialah torsion beam tetapi dengan satu evolusi. Melihat pada pasaran Malaysia, kebolehan dan nilai yang dicari oleh pelanggan dalam SUV kelas segmen D serta faktor apa yang para pesaing guna adalah sebab kenapa kami mengambil keputusan untuk bertukar ke jenis multi-link”.

Secara amnya, Proton X90 ditawarkan bermula harga RM 123,800 ke RM 152,800 dan semua varian dikuasai enjin 1.5L turbo 3-silinder bernadikan sistem hybrid sederhana (MHEV) yang disokong oleh belt-starter generator 48V. Output keseluruhan yang dijana sebanyak 190 PS dan 300 Nm tork dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan.

Juga bacaAndroid Auto/Apple Carplay untuk Proton bukan dalam masa terdekat, perisian X90 akan dipertingkat buat model baru

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda