window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D

Mersita · Jul 5, 2023 02:00 PM

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 01

Proton berjaya merekodkan prestasi jualan separuh pertama tahunan yang terbaik dengan memecahkan rekod pencapaian pada 2012 dalam tempoh sama. Selepas rekod bulanan kukuh pada Jun lalu apabila 14,351 unit terjual, jumlah jualan keseluruhan bagi enam bulan pertama 2023 mencapai angka 77,321 unit.

Pencapaian ini menggambarkan kenaikan 28.6% berbanding tahun sebelumnya – melangkaui pertumbuhan jualan keseluruhan industri sehingga dua kali ganda.

Pegangan pasaran Proton untuk Jun dianggarkan 23.2%, manakala pegangan pasaran tahun hingga kini (YTD) telah meningkat kepada 21.3% – menunjukkan pertumbuhan 3.2% berbanding tempoh yang sama pada 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 01

Proton X90 yang dikeluarkan syarikat itu telah membuktikan keterampilannya di pasaran Malaysia. Penghantaran naik berkali ganda pada Jun berjumlah 1,082 unit, lantas menjadikannya SUV segmen terlaris di pasaran.

Juga baca: Kutipan tempahan Proton X90 dah cecah 5,000 unit, lebih 500 unit telah diserah kepada pelanggan

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 02

Proton Saga pula kekal sebagai model paling laku dalam barisan tawarannya, merangkul semula posisinya sebagai peneraju dalam segmennya setelah berjaya melariskan 6,111 unit pada Jun – dengan jumlah keseluruhan 33,325 unit dalam tahun ini.

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 03

Satu lagi model yang cukup cemerlang ialah Proton Persona yang berjaya mencapai jualan berjumlah 2,254 unit pada Jun – walaupun berdepan pesaing lebih baru dan lebih mahal dalam gelanggangnya. Dengan ini, Persona mencapai pertumbuhan jualan mengagumkan sehingga 79.4%.

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 04

Proton X50, peneraju keseluruhan dalam kategori SUV segmen B sejak pelancarannya pada Oktober 2020, terus-terusan mendominasi pasaran dengan 2,449 unit terjual pada Jun. Secara keseluruhannya, 17,562 unit X50 telah berjaya diserahkan kepada pelanggan tahun ini – menampakkan 9.9% peningkatan berbanding tahun lepas.

Proton Exora pula, model MPV segmen C, kekal menerajui segmen pasarannya dengan 368 unit terjual pada Jun dan peningkatan jualan kumulatifnya mencecah 21.5%.

Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D 05

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata, “Prestasi PROTON pada separuh pertama tahun 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan yang terbaik sejak tahun 2012 dan juga berada di landasan untuk pertumbuhan jualan bagi tahun kelima berturut-turut. Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna, dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda. Ia juga menunjukkan bahawa strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi ketersambungan pada harga yang berbeza-beza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia.

“Untuk separuh kedua tahun ini, PROTON yakin kami mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan kami. Kami juga akan melaksanakan rancangan kami untuk mengemas kini rangkaian kami, melancarkan kemasukan kami ke pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk kami melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran kami” tambah beliau lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda