window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R 2023 FL5 di Malaysia cecah 200 tempahan, cabutan undi untuk 19 unit akan bermula

Faisal ยท Oct 19, 2023 10:30 AM

Honda Civic Type R 2023 FL5 di Malaysia cecah 200 tempahan, cabutan undi untuk 19 unit akan bermula 01

Honda Malaysia nampaknya telah menerima lebih 200 tempahan buat Honda Civic Type R FL5 di mana ia hanya diperuntukkan sebanyak 19 unit untuk tahun 2023. Lebih unit akan tiba pada 2024 (mungkin dengan harga lebih tinggi).

Dengan pengumuman Bajet 2024 yang memaklumkan bahawa cukai servis seperti pemeriksaan pra-penyerahan akan dinaikkan dari 6% kepada 8%, perkara ini tidak mustahil.

Honda Malaysia tidak lama lagi pula akan mula membuat cabutan undi untuk 19 pemilik yang bertuah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaHonda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit!

Honda Civic Type R 2023 FL5 di Malaysia cecah 200 tempahan, cabutan undi untuk 19 unit akan bermula 01

Ia akan dibuat di ibu pejabat Honda Malaysia di Petaling Jaya dan ia merupakan proses fizikal dan akan direkodkan dalam video. Malah, ia akan diaudit oleh pejabat serantau Honda Motor dan parti luar, termasuk dokumen kewangan yang terlibat.

Untuk melayakkan ke dalam cabutan undi tersebut, pembeli perlu membayar fi tempah RM 3,500 (RM 2,500 untuk Langkawi dan Labuan).

Honda Civic Type R 2023 FL5 di Malaysia cecah 200 tempahan, cabutan undi untuk 19 unit akan bermula 02

Pembeli yang tidak terpilih akan dikembalikan wang tersebut tetapi untuk mereka yang terpilih tetapi tidak mahu meneruskan proses pembelian pula hanya akan dikembalikan wang sebanyak 75% daripada jumlah penuh.

Bagi anda yang belum tahu, tempoh menunggu di Jepun sendiri mencecah 2 tahun.

Sebabnya adalah kilang Yorii yang memasang Honda Civic Type R FL5 di sana masih berusaha menyelesaikan tempahan yang tertunggak buat ZR-V yang mana tempoh menunggunya adalah selama 6 bulan.

Honda Civic Type R 2023 FL5 di Malaysia cecah 200 tempahan, cabutan undi untuk 19 unit akan bermula 03

Lagi satu, FL5 mungkin Civic Type R berenjin konvensional terakhir yang dibina. Jadi, makin panaslah sambutan hothatch ini.

Selepas ini, hampir pasti ia akan datang dengan trenkuasa hybrid di mana peminat Type R mungkin tidak begitu gemar.

RM 400k untuk sebuah Civic Type R pula sudah cukup mahal tetapi dengan trenkuasa hybrid yang ada komponen tambahan, harga pewaris untuk FL5 nanti pasti akan menjadi lebih tinggi.

Juga baca19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5

@wapcar_zamil Dah boleh tengok geng jual recond menggelupur turunkan harga ๐Ÿ˜‚ #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #hondabaru #hondacivictyper #k20c1 #civictyper #civictyperfl5 #fl5typer #hondamalaysia #wapcar #cartok โ™ฌ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda