window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit!

Faisal ยท Sep 27, 2023 11:16 AM

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 01

Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Honda Civic Type R generasi FL5 dan hothatch ini ditawarkan pada harga RM 399,900.

Model ini menggantikan Civic Type R generasi FK8R yang ada di pasaran kita sejak tahun 2017.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi trenkuasa, ia kekal menggunakan enjin 2.0L VTEC Turbo K20C tetapi kali ini ditala untuk menghasilkan 319 PS dan 420 Nm tork, 9 PS dan 20 Nm lebih banyak daripada Type R FK8R. Pecutan 0 โ€“ 100 km/j pula mengambil masa 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 272 km/j (meningkat dari 5.7 saat yang dicapai oleh Type R FK8R).

Sama seperti sebelum ini, kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan dan terdapat limited slip differential (LSD) jenis helical dan sistem rev-matching automatik yang lebih pantas dan lebih lancar.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 01

Untuk makluman anda, sistem ini ada dua profil yang berbeza iaitu satu dalam mod Comfort (rev-matching untuk pemanduan santai yang lancar) dan satu lagi dalam mod Sport dan +R (rev-matching yang lebih agresif).

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 02

Bercakap soal ini, CIvic Type R FL5 hadir dengan pilihan mod memandu Comfort, Sport, +R serta penambahan mod Individual di mana pemandu boleh membuat konfigurasi pilihan sendiri untuk tetapan stereng, tindak balas enjin, bunyi enjin, kelajuan rev-matching, suspensi adaptif dan reka bentuk grafik pada kluster instrumen. 

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 03

Pada bahagian luar, Civic Type R FL5 mengekalkan susunan 3-ekzos tetapi kali ini dengan muncung tengah yang lebih besar dimana ia dikhaskan untuk mengeluarkan bunyi yang mengasyikkan. Dari segi estetik, sentuhan gaya lebih minimalis daripada Type R FK8R membuatkan Civic Type R kali ini nampak lebih matang.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 04

Bahagian belakangnya sendiri sudah menampilkan diffuser yang berfungsi. Melengkapi penampilan luar adalah spoiler yang garang dan rim 19-inci bertayar Michelin Pilot Sport 4S yang berprofil 265/30. Di sebaliknya pula adalah pengapit brek Brembo yang berwarna merah dengan cakera dua lapis.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 05

Masuk ke bahagian dalam, Civic Type R FL5 kekal dengan pelbagai sentuhan warna merah dan tempat duduk semi-bucket yang ada emblem Type R pada bahagian perehat kepala.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 06

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 07

Kabin Type R kali ini hadir dengan infotainment 9-inci yang ada penyimpan data pemanduan Honda LogR.

Klusternya sendiri adalah bersaiz 10.2-inci dan ia menampilkan grafik yang eksklusif berbanding Civic FE.

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 08

Apa yang unik untuk generasi FL5 ini adalah nombor serial Type R yang diletakkan terus pada papan pemuka, bukan lagi di bahagian sekitar tombol gear.

Dari segi ADAS Honda Sensing, hothatch ini dilengkapkan dengan ciri:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit! 09

Secara amnya, Civic Type R FL5 datang sekali dengan waranti 5 tahun tanpa had kilometer dan pembeli ditawarkan dengan warna ikonik Championship White. Untuk tahun ini, hanya 19 unit sahaja yang akan dijual dan pembeli bertuah akan diumum secara undian.

@wapcar_zamil Amacam, meh la cuba menang ballot untuk jadi pemilik hothatch lejen ini! #fypmalaysia #carmalaysia #keretabaru #hondabaru #hondacivictyper #civictyper #civictyperfl5 #fl5typer #pelancaran #hondamalaysia #civicmalaysia โ™ฌ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda