window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci

Faisal Β· Oct 11, 2023 10:00 AM

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci 01

Bermaz Motor Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja melancarkan kemaskini 2023 buat Mazda 3.

Untuk kali ini, varian 1.5 telah digugurkan. Ini sekaligus menandakan bahawa varian asas buat Mazda 3 di Malaysia sekarang adalah 2.0 High Sedan. Berkenaan apa yang dikemaskini, semua varian 2.0 kini diperbaharui dengan port USB-C, pengecas nirwayar Qi, sokongan Apple CarPlay jenis tanpa wayar dan infotainment bersaiz 10.25 inci (8.8 inci untuk sebelum ini).

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Istimewa untuk varian mercu 2.0 Ignite Edition kali ini adalah penerapan sistem audio berprestasi tinggi Bose dengan 12 pembesar suara.

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci 01

Satu lagi pembaharuan yang diberi untuk Mazda 3 2023 datang dalam bentuk keselamatan di mana varian 2.0 High dan High Plus kini juga menampilkan ciri tambahan ADAS i-Activsense yang ditawarkan pada varian Ignite Edition sebelum ini iaitu Cruising & Traffic Support (CTS). Secara teorinya, ciri ini sama seperti kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi mengikut trafik perlahan stop&go.

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci 02

Dengan kemaskini yang ditawarkan, harga Mazda 3 yang diimport (CBU) dari Jepun ini menyaksikan kenaikan, seperti yang disenaraikan di bawah:

Harga Mazda 3 2023 di Malaysia
Varian Sedan Liftback
2.0 High RM 156,059 (+RM 9,940) -

2.0 High Plus

RM 166,059 (+RM 10,380 RM 166,059 (+RM 10,380)
2.0 Ignite Edition - RM 175,059 (+RM 10,380)

Bermaz perkenal Mazda 3 2023 - dari RM 156k, tiada lagi varian 1.5L, USB-C, infotainment 10.25 inci 03

Pilihan warna yang ditawarkan kepada pelanggan adalah Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black dan Snowflake White Pearl. Waranti dan pakej penyelenggaraan percuma pula tetap diberi sehingga 5 tahun/100,000 km.

@wapcar_zamil Replying to @ikhwanfmns ada bang, boleh lihat disini 😬 #carmalaysia #fypmalaysia #wapcar #keretabaru #reviewkereta #mazdamalaysia #mazda3 #mazda3hatchback #learnontiktok #cartok ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda 3 Hatchback 1.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda