window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k

Faisal Β· Oct 11, 2023 10:00 AM

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k 01

Satu lagi kemaskini model yang ditawarkan oleh Bermaz datang dalam bentuk Mazda 6 20th Anniversary Edition. Edisi istimewa ini menandakan ulangtahun ke-20 generasi pertama Mazda 6 diperkenalkan ke pasaran iaitu pada tahun 2002.

Apa yang unik pada varian ini adalah lencana 20th Anniversary pada fender depan, rim 19 inci berwarna Bright Metallic dan gril radiator berwarna Gunmetal.

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Masuk ke bahagian dalam pula, Mazda 6 varian ini tampil istimewa dengan kabin berwarna coklat, penyejuk tempat duduk hadapan, cermin pandang belakang tanpa bingkai, tirai cermin belakang dan paparan pelbagai maklumat 7 inci pada kluster instrumennya.

Selain itu, pengecas tanpa wayar Qi kini datang standard pada semua varian.

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k 01

Pada masa yang sama, ADAS i-Activsense buat varian 20th Anniversary dan 2.5L Touring juga ditawarkan eksklusif dengan ciri Front & Rear Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan Stop 7 Go dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k 02

Dari segi warna badan, pelanggan boleh memilih di antara pilihan berikut:

  • Arctic White
  • Deep Crystal Blue
  • Jet Black
  • Machine Gray
  • Sonic Silver
  • Soul Red Crystal Polymetal Gray
  • Platinum Quartz (baru)
  • Rhodium White Premium (baru)
  • Artisan Red Premium (hanya untuk 20th Anniversary Edition)

Bermaz lancar kemas kini baru bagi Mazda 6 2023; pengenalan varian 20th Anniversary Edition, daripada RM 180k 03

Untuk harga pula, Mazda 6 2023 yang kekal diimport (CBU) dari Jepun ini ditawarkan seperti di bawah:

  • 2.0L Sedan - RM 180,359 (naik RM 3,621)
  • 2.5L Touring - RM 230,848 (naik RM 10,644)
  • 2.5L High Plus Sedan 20th Anniversary Edition - RM 240,848 (naik RM 24,644)

Waranti dan pakej penyelenggaraan percuma pula tetap diberi sehingga 5 tahun/100,000 km.

@wapcar_zamil Atau lebih baik beli Mercedes-Benz/BMW? Hmm... #carmalaysia #fypmalaysia #wapcar #keretabaru #reviewkereta #mazdamalaysia #mazda #mazda6 #learnontiktok #cartok ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda 6 SkyActiv-G 2.5L Touring

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda