window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah dengan tahap praktikaliti

Faisal · Jul 15, 2023 10:00 AM

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 01

“Hmm…” itulah ungkapan reaksi penulis sendiri apabila melihat julat harga Mazda 3 varian paling murah di Malaysia dengan spesifikasi yang ditawarkan. Mana taknya, kereta segmen C harga RM 143,000 untuk varian asas tetapi spesifikasi yang diberi pula macam asas kaw-kaw. Kalau anda nak tahu, kereta ini reverse sensor pun tiada. Jadi, untuk apa bayar mahal-mahal tapi kelengkapan seolah-olah tidak berapa lengkap?

Gambaran keseluruhan Mazda 3 1.5 2023
Harga RM 143,000
Segmen Sedan/Hatchback segmen C
Enjin 1.5L NA 4-silinder
Transmisi Automatik 6-kelajuan
Kuasa 118 PS
Tork 153 Nm
Asal CBU Jepun

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 02

Itulah sebenarnya kekuatan dan motif yang diterapkan pada jentera Mazda 3 1.5 ini. Secara amnya, pembeli ditawarkan dengan badan jenis Sedan atau Liftback dan sebagai sebuah kereta segmen C, ia tidak lari daripada saingan Honda Civic. Jadi, dengan Civic yang kini agak hebat dari segi serba serbi, Mazda 3 sebenarnya masih ada tempat dalam pasaran. Malah dengan julat harga sama, varian asas 1.5 ini tetap boleh memukau dengan cara yang tidak disangka langsung. Mari kami perincikan dengan lebih mendalam melalui persembahan di bahagian luar dahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 01

Anda mungkin sudah tahu betapa rupawannya kedua-dua model ini di atas jalan raya kita dan dari pandangan mata seni, varian 1.5 buat Mazda 3 yang hanya memakai rim bersaiz 16 inci dengan tayar gemuk ini sebenarnya tidak nampak kurang langung dari segi penampilan. Hal ini mungkin dimainkan oleh faktor lekuk badan Mazda 3 yang begitu minimalis dan unik dimana ia jarang dibuat pada kereta segmen C atau pada julat harganya. Bentuk badan Sedan nampak macam sebuah Alfa Romeo, manakala yang Liftback pula nampak lebih seksi dan mencuri perhatian orang ramai.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 02

Cumanya, kalau dilihat secara mata kasar, memang jelas bahawa ini spesifikasi asas kerana rodanya nampak kecil (16 inci) dan lampu DRLnya sendiri adalah jenis mentol halogen. Sekali pandang, nampak macam pemandu lupa nak tutup lampu padahal itulah DRL Mazda 3 1.5. Menariknya, dari segi sentuhan, hanya dua benda ini sahaja yang membezakan varian 1.5 dengan varian paling atas.

Interior

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 03

Masuk pula ke bahagian dalam, anda disajikan dengan persembahan interior yang begitu berkualiti dari segi mutu binaan, perincian dan bahan yang diguna. Mengenai perincian, pemilihan lokasi 8 pembesar suaranya juga terlibat dalam faktor yang menyumbang kepada kualiti audio yang boleh dikatakan terbaik dalam segmen C di mana bass dan dimensi lapisan sesebuah musik dihasilkan dengan lebih mendalam. Bak kata omputeh, tak ‘flat’ langsung.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 04

Begitu juga dengan posisi memandu yang direka begitu ideal dan simetri dengan fizikal pemandu, seperti yang diketengahkan oleh falsafah Mazda sekarang iaitu Jinba Ittai yang diibarat penunggang dan kudanya. Tidak cukup dengan itu, paparan kluster separa digitalnya juga pandai ‘menyamar’ di mana ia nampak seakan sama dan seragam dengan meter analog.

Juga bacaPosisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul?

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 05

Menariknya, pilihan konfigurasi pada meter itu agak sikit untuk kategori skrin informasi digital tetapi selepas membelek menu yang ada, barangkali itu sahaja yang anda perlu kerana zaman sekarang, banyak pengeluar main sumbat segala maklumat yang boleh diberi sampai terlepas pandang akan bab penyusunan di mana kebanyakannya tidak mesra pengguna langsung. Nak cari atau nak laras pun boleh jadi satu benda yang menyusahkan.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 06

Pendekatan minimalis yang sama turut diterapkan pada bahagian infotainment yang mana menu yang ada tidak banyak langsung tetapi disusun dengan begitu rapi untuk difahamkan. Walaupun masih tidak menggunakan skrin sesentuh, kaedah kawalan infotainment yang hanya berbekalkan butang dan tombol ini cukup mudah untuk diguna kerana ia kekal di situ dan pendekatan ini memudahkan pemandu melaras fungsi infotainment walaupun memandu pada kelajuan tinggi. Mungkin inilah apa yang bakal kita rindu apabila kawalan jenis sesentuh mengambil alih industri sepenuhnya.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 07

Mengenai estetik kabin Mazda 3 1.5 sendiri, peratusan penggunaan bahan kulit juga luar biasa banyak. Sekali pandang, anda mungkin tidak boleh kenal pasti langsung akan ciri apa yang tiada kerana persembahan dan susunan butangnya nampak serupa dengan varian atas.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 08

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 09

Tetapi kalau diteliti betul-betul, antara kelengkapan yang dikompromi adalah penggunaan tempat duduk fabrik, tiada paddle shifter, penyaman udara automatik dwi-zon, corong penyaman udara belakang, bumbung suria, reverse sensor seperti yang disebutkan awal tadi, pelaras berkuasa untuk tempat duduk pemandu dengan fungsi memori dan sistem bantuan keselamatan ADAS i-Activsense. Persoalannya, adakah jajan yang tiada ini betul-betul boleh potong stim? Mungkin boleh sekiranya anda mementingkan kelengkapan dan ciri moden.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 10

Ruang penumpang belakang - Kiri: Sedan, Kanan: Liftback.

Bercakap mengenai benda yang boleh tawar hati, ruang penumpang di belakang juga boleh dikatakan tidak wujud langsung dan barangkali hanya selesa untuk kanak-kanak sahaja. Dalam masa yang sama, paras bahu tingkap Mazda 3 yang dibuat tinggi untuk estetik luaran yang menarik dan pengalaman kabin yang rasa tertutup sebenarnya menyukarkan pemandu untuk menggapai pengesan kad di kawasan tempat parkir atau di kawasan plaza tol. Pemandu seolah-olah perlu memanjat keluar untuk capai pengesan tersebut.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 11

Dalam masa yang sama, tiang-B dan tiang-C yang bukan main besar juga menghasilkan titik buka yang agak mencabar buat pemandu. Tetapi semua persepsi terhadap kekurangan atau kelemahan Mazda 3 1.5 ini boleh berubah sebaik sahaja anda mula memandu.

Pemanduan dan pengendalian

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 12

Dan di sinilah semua kekurangan pada Mazda 3 1.5 mula hilang dari ingatan kerana sebaik sahaja menekan minyak, kereta terus bergerak dengan kadar yang sangat tepat dengan niat kami sendiri. Terlintas sahaja untuk pergi secepat itu, entah bagaimana trenkuasa ini macam tahu-tahu je dan sebanyak itu juga lah yang diberinya. Karakter yang rajin ini banyak dibantu oleh talaan transmisi SkyActiv-Drive 6 kelajuan Mazda yang begitu cekap dalam memilih gear yang sesuai terhadap sesuatu input minyak untuk memberi kadar pecutan terpantas.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 13

Senang kata, tindak balas yang diberi adalah luar biasa responsif dan seolah-olah bersambung dengan niat pemandu. Bahkan sampai di satu tahap itu, penulis sendiri merasakan bahawa ini bukan nadi SkyActiv-G 1.5L NA tetapi mungkin lebih besar. Ini baru dalam mod biasa, belum masuk Sport lagi.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 14

Cumanya, hembusan kuasa yang hanya setakat 118 PS dan 153 Nm tork ternyata benar apabila input minyak diberi penuh dan ujian pecutan 0 – 100 km/j yang kami buat juga menunjukkan bahawa Mazda 3 1.5 untuk kedua-dua varian mengambil masa antara 12.6 – 13 saat, lebih kurang sama dengan kereta-kereta yang berenjin 1.5L NA. Namun, apa yang patut dipuji adalah trenkuasa ini membawa badan 1,300++ kg, bukan 1,100++ kg seperti yang banyak diguna oleh kereta-kereta segmen B.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 15

Hasil daripada berat yang disebutkan dan talaan trenkuasa yang luar biasa responsif, kadar penggunaan petrol secara logiknya patut mendapat penalti dan inilah yang berlaku pada Mazda 3 1.5 di mana berdasarkan ujian 50% bandar 50% lebuh raya kami, kedua-dua kereta memberi purata bacaan setinggi 7.9 – 8.7 liter/100 km.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 16

Kiri: Sedan, Kanan: Liftback.

Kalau difikirkan, agak banyak tetapi dengan jiwa yang diberi, mungkin perkara ini tidak wajar dipersoalkan kerana trenkuasa ini ada karisma dan bunyi enjinnya sendiri agak mengasyikkan, barangkali antara nadi petrol 4-silinder NA yang paling shahdu di dunia. Gabungan kedua-dua karakter ini sekaligus membuatkan anda mahu tekan lagi.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 17

Ditambah pula dengan karakter penukaran gear yang pantas dan rasa analog macam DCT, lagilah menyeronokkan. Apapun, kita sebagai manusia bukan selalu nak ‘bermain’ dan di sinilah terlihatnya satu lagi kekurangan pada Mazda 3 1.5 iaitu untuk pemanduan santai, sifat hiper pada trenkuasanya diibarat macam kanak-kanak yang begitu aktif. Akal transmisinya yang cenderung memihak kepada gear rendah juga membuatkan enjin sering berputar pada rpm tinggi. Tekan lebih sikit sahaja terus gear diturunkan. Pendek kata, tak ‘chill’ langsung. Ditambah pula dengan nisbah gear 6 yang agak pendek iaitu putaran 2,000 rpm@89 km/j, bunyi enjin akan sentiasa kedengaran sewaktu cruising secara santai.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 18

Pengalaman yang sama juga dapat dirasai pada talaan suspensinya. Walaupun bukan di tahap mencucuk tulang dan kami faham akan kelemahan format torsion beam di belakang, tahap keselesaannya masih dikira sibuk walaupun dengan tayar begitu gemuk dan perkara ini sebenarnya sinonim dengan kebanyakan model Mazda. Senang cerita, mutu serapan permukaan jalan atau lubang masih belum di tahap Honda atau Toyota. Tidak membantu juga adalah penggunaan tayar Yokohama BluEarth-GT AE51 di mana ia melentur dengan ketara sekiranya selekoh diambil pada bahagian jalan yang ada expansion joint.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 19

Namun apa yang begitu membantu dari segi ketenangan adalah kabin yang luar biasa senyap di mana pada kelajuan 110 km/j, Mazda 3 1.5 mencatatkan bacaan serendah 67 – 68 dB. Teknologi G-Vectoring Control (GVC) Plus Mazda yang berupaya mengurangkan pergerakan badan pemandu dan penumpang sewaktu selekoh diambil juga membantu dengan begitu baik sekali. Senang cerita, pemanduan serancak mana pun akan tetap rasa lebih tenang berbanding kereta-kereta lain.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 20

Tetapi kalaulah anda boleh terima isu-isu yang diceritakan di atas, Mazda 3 1.5 berupaya mengukir senyuman lebar kepada sang pemilik. Selain kawalan naik turun badan yang bagus terhadap permukaan jalan yang beralun, tindak balas casisnya terhadap liku-liku jalan juga menonjolkan karakter yang berkebolehan dan rancak. Tidak menghairankan, Mazda 3 Liftback sedikit seronok untuk dipandu kerana ia tidak membawa ‘muatan tambahan’ pada axle belakang, manakala Mazda 3 Sedan yang ada punggung pula terasa lebih stabil.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 21

Sterengnya pula, walaupun bukan paling laju dari segi nisbah dan bukan paling lazat dari segi maklum balas tetap memberi sensasi selekoh yang tepat dan komunikatif. Hal ini juga berkait rapat dengan talaan stereng yang tidak begitu ringan, sekaligus menyumbang kepada maklum balas ‘on-centre’ yang menyakinkan.

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 22

Cumanya dalam soal yakin, markah tetap perlu ditolak dalam aspek brek kerana walaupun begitu linear dengan input pemandu, kuasa untuk memberhentikan kenderaan seolah-olah macam tidak cukup. Istilah bahasa pasarnya ialah “brek kurang makan”, tipikal buat model Mazda era SkyActiv.

Konklusi

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 23

Jadi, itulah penceritaan kami mengenai Mazda 3 1.5, sebuah model segmen C yang memiliki kompromi dari segi penggunaan sebagai kereta keluarga kerana ruang di belakang yang begitu terhad. Kelengkapan yang ditawarkan juga boleh menimbulkan persoalan besar. Malah, menjadi model CBU tidak membantu langsung dalam aspek penawaran harga yang kompetitif dalam pasaran yang serba sengit ini.

Juga bacaVideo: Mazda 3 Hatchback jauh lagi mahal dari Civic dan Altis, berapa banyak gaji pemiliknya?

Rebiu: Mazda 3 1.5 2023 - bagi individu yang pentingkan kualiti pemanduan dan tidak kisah  dengan tahap praktikaliti 24

Namun, kualiti dan karakter pemanduan Mazda 3 1.5 yang lain daripada yang lain mampu membuat insan terpilih tertawan dan mungkin kekuatan ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka terpesona. Bahkan, inilah apa yang pemilik Volkswagen Golf Mk8 tidak dapat langsung iaitu sensasi pemanduan mutlak.

Juga bacaVolkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda 3 Hatchback 1.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda