window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback!

Haris · Jul 30, 2022 11:59 AM

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 01

Di sebalik pelancaran model-model Volkswagen Golf generasi Mk8 serba baharu, kebanyakan daripada anda mungkin terlupa bahawa Volkswagen Golf R-Line yang dipasang tempatan belum memperkenalkan tanda harga lagi.

Oleh itu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan bangganya telah mengumumkan harga jualan model tahap pengenalan, Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line bermula dari RM 169,990.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model serba baharu itu mengekalkan reka bentuk Golf abadi dengan perincian yang lebih sporty dan lebih ekspresif hasil penggayaan R-Line. Direka bentuk dengan mengambil kira kecekapan aerodinamik, bampar hadapan 'C' kini bermuncung lebih rendah ke tanah untuk prestasi yang lebih responsif.

Penampilannya yang sporty ini dilengkapi dengan rim aloi Valencia 17-inci dan sepasang paip ekzos tiruan trapezoid kerana anda memerlukan peringatan sekurang-kurangnya anda tidak mampu membeli Golf GTI.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 01

Di bawah hud depan, Golf R-line dikuasakan oleh enjin 1.4 liter pengecas turbo TSI yang dipasangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan shift-by-wire. Enjin itu cukup untuk menghasilkan 150 PS dan 250 Nm tork.

Baca: Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 – ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi ‘feel’ dah tiada?

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 02

Sebagai generasi Golf yang paling progresif, R-Line dilengkapi dengan pendigitalan yang dipertingkatkan untuk ketersambungan dan kemudahan yang lancar. Operasi intuitif kenderaan disokong oleh sistem kawalan suara pintar, mudah diaktifkan dengan hanya menyebut "Hello Volkswagen" atau dengan menekan butang suara pada stereng.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 03

Pengecaman suara dan kualiti suara (untuk panggilan telefon) adalah jelas, kerana mereka boleh mengesan individu yang bercakap (pemandu atau penumpang hadapan) dan bertindak balas dengan sewajarnya, misalnya untuk mengenal pasti suhu zon dalaman mana yang perlu diselaraskan.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 04

“Kami berbangga kerana dapat memasang Golf yang ikonik ini di Malaysia secara tempatan. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk memiliki Golf yang dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, terutamanya dengan kemajuan teknologi dan ciri-ciri dalam generasi terbaru ini.

"Ringkasnya, Golf R-Line serba baharu dan serba digital adalah satu aspirasi. Ia adalah hatchback yang anda mahu lihat,” kata Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 05

Volkswagen Golf R-Line didatangkan dengan lampu depan dan lampu belakang LED penuh serta jalur pencahayaan LED tirus khas yang melintasi bahagian hadapan kenderaan.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 06

Di bahagian dalam, nama R-Line memastikan bahawa anda akan duduk di tempat duduk sport hadapan yang dibalut dengan fabrik Sardegna dan bantal sisi Art Velours untuk keselesaan, lengkap dengan logo garisan R timbul pada tempat letak kepala. Tambahan pula, pencahayaan ambien 30-warna boleh ditetapkan mengikut mod pemanduan, atau disesuaikan sendiri mengikut mood dan pilihan.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 07

Persekitaran dalaman yang menyenangkan dan selesa dijamin dengan penyaman udara tiga zon Climatronic. Laraskan suhu dengan peluncur sesentuh atau hanya melalui kawalan suara. Terdapat dua mod utama untuk ini, Smart Climate dan Classic Climate, setiap satu dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang berguna.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 08

Ruang kekal menjadi keutamaan dalam hatchback ikonik ini kerana ia menawarkan banyak ruang untuk semua ahli keluarga di dalam kabin, manakala ruang bagasi 381 liternya boleh memuatkan peralatan sukan dan rekreasi yang besar.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 09

Satu lagi ciri pintar kenderaan ialah ia memberikan akses kemasukan pantas dengan membuka kunci pintu secara automatik apabila kunci kenderaan berada dalam zon pengesanan.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 10

Ciri keselamatan utama termasuk kawalan kestabilan, Post Collision Braking System yang mengelakkan daripada perlanggaran kedua dari berlaku, Electronic Differential Lock (XDS) yang meningkatkan daya cengkaman dan mengurangkan understeer serta enam beg udara antara yang penting.

Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line umum harga RM 170k, pesaing Mazda 3 hatchback! 11

VW Golf R-Line boleh didapati dalam lima warna, Moonstone Grey, Kings Red, Atlantic Blue, Deep Black dan Oryx White.

Baca:

Volkswagen Golf GTI Mk8 dilancarkan dari RM 212k - 2.0 turbocaj, 245 PS, ‘hot hatch’ idaman ramai!

2022 Volkswagen Golf R diprebiu - paling berkuasa pada 320 PS, harga RM 356k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda