window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Golf Mk8.5 facelift 2024 adalah yang terakhir - model pengganti akan hadir sebagai EV sahaja!

Faisal · Apr 6, 2023 04:00 PM

VW Golf Mk8.5 facelift 2024 adalah yang terakhir - model pengganti akan hadir sebagai EV sahaja! 01

Volkswagen baru sahaja mengumumkan bahawa mereka tidak akan membangunkan Golf generasi baru dengan enjin pembakaran dalaman selepas generasi Mk8 sekarang melabuhkan tirai.

Tahun depan, Golf Mk8 akan dikemaskini dan jualannya akan diteruskan sehingga 2030.

Bagi anda yang belum tahu, Golf Mk8 diperkenalkan secara global pada Oktober 2019 dan tahun lepas baru mula dijual di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

VW Golf Mk8.5 facelift 2024 adalah yang terakhir - model pengganti akan hadir sebagai EV sahaja! 01

Thomas Schaefer bersama VW ID.2all, prebiu buat Golf generasi seterusnya atau Golf EV.

Apapun, nama ‘Golf’ akan kekal tetapi sebagai model EV sepenuhnya. Menurut ketua jenama Volkswagen, Thomas Schaefer, Golf EV itu juga akan mengekalkan identiti ikoniknya.

Schaefer turut memberitahu akhbar Jerman, Automobilwoche bahawa Golf tersebut akan menepati jangkaan dari segi reka bentuk dan prestasi. Walau bagaimanapun, Schaefer memaklumkan bahawa ia hanya akan tiba seawal tahun 2028, iaitu apabila platform elektrik SSP Volkswagen dilancarkan.

Kata beliau lagi, sekiranya pembangunan dunia menjelang tahun 2026 atau 2027 didapati berubah, sebuah kenderaan yang baru sepenuhnya mungkin diperkenalkan tetapi setakat ini, belum ada sebarang rancangan.

VW Golf Mk8.5 facelift 2024 adalah yang terakhir - model pengganti akan hadir sebagai EV sahaja! 02

Sebelum ini, VW pernah memgumumkan bahawa bermula 2033, jenama itu hanya akan menjual EV sebagai komitment mereka untuk menjadi syarikat EV 100%.

Di Eropah, Golf sebagai kereta paling laku selama bertahun-tahun telahpun tercabar oleh kategori SUV dan crossover kerana mereka semakin popular. Disebabkan itu, takhtanya telah dipotong oleh T-Roc, boleh diibarat sebuah VW Polo yang ada kelegaan tanah yang banyak.

Juga bacaJualan VW Golf Mk8 1.4 TSI R-Line di Malaysia dihentikan, hanya 1 tahun dalam pasaran

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda