window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City

Faisal · Jun 3, 2023 02:00 PM

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 01

Sebulan yang lepas, kami baru mengulas pendapat mengenai Honda City RS iaitu sedan bawah RM 100k paling handal dalam pasaran Malaysia. Tetapi, itu cerita sebelum Toyota Vios generasi baharu dipinjamkan. Kini, tiba sudah si Toyota untuk menghangatkan kembali pertarungan klasik dalam kategori sedan segmen-B bukan nasional. Bercakap mengenai ini, semua yang diterapkan pada Vios generasi 2023 adalah baru belaka, termasuklah sedalam akar umbi yang mana ia kini menggunakan asas dan platform Daihatsu New Global Architecture, DNGA.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 02

Gambaran keseluruhan Toyota Vios 1.5G 2023
Harga RM 95,500
Segmen Sedan segmen B
Enjin 1.5L NA 4-silinder
Transmisi D-CVT
Kuasa 106 PS
Tork 138 Nm
Asal CKD, Bukit Raja, Shah Alam

Soal dibuat oleh Daihatsu dan bukan Toyota itu kita tolak ke tepi dahulu. Yang penting, kereta itu sendiri sama ada ia berjaya merampas takhta sebagai peneraju segmen atau masih kekal dalam bayangan kehandalan Honda City. Tanpa membuang masa, mari kita mula dengan rupa parasnya dahulu kerana pandangan pertama juga diambil kira, terutama secara realistik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMalaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G

Eksterior – Camry miniatur

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 01

Sewaktu mula didedahkan di Thailand, ramai yang berpendapat bahawa rupa paras Vios generasi baharu macam entah apa-apa. Hakikatnya, ia bukan tidak lawa tetapi lebih kepada tidak fotogenik. Melihatnya depan-depan membuktikan bahawa ia jauh lebih cantik daripada apa yang digambarkan melalui foto pada waktu itu dan Vios kali ini benar-benar nampak macam Camry miniatur iaitu model dua kelas di atasnya.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 02

Malah, bentuk ala fastback yang diterapkan kali ini turut membantu mengekalkan profil badan yang seimbang dan landai macam generasi dahulu. Kalau anda nak tahu, perkara ini bukan sesuatu yang sinonim dengan sedan kategori segmen-B. Maksud kami di sini ialah badan yang nampak tonggek atau tinggi seperti yang dapat dilihat pada Proton Persona, Mazda 2 Sedan atau Honda City. Nak lebih jelas, bandingkan City dengan Civic pada sudut 3/4 dan anda akan dapat lihat terus perbezaan yang mana nampak kekok, yang mana nampak elok. Dalam segmen-B, profil badan Nissan Almera sebenarnya hampir seimbang tetapi bukanlah di tahap segmen-C seperti Nissan Sentra yang ada di pasaran luar.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 03

Cumanya, satu perkara yang penulis kurang bagi markah lulus adalah penerapan kit badan dari UMW Toyota. Sentuhan ini bukanlah sesuatu yang baru dari syarikat itu dan untuk Vios, generasi lepas sebenarnya telah mula menunjukkan contoh kit badan yang baik di mana ia tidak keterlaluan, tidak nampak asing dan nampak serasi dengan imej keseluruhan. Vios kali ini juga menerapkan unsur sama tetapi apa yang ‘kureng’nya, bahagian skirting depan ada lapisan lagi rendah berwarna hitam kilat yang cenderung untuk sagat kalau turun dari kawasan tinggi, contohnya di tempat parkir membeli belah atau di kondominium.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 04

Dalam situasi sama, Vios generasi lalu tidak ada isu seperti ini. Apapun, penampilan Vios kali ini secara amnya tetap tidak kontroversial dan sentuhan lampu isyarat belakang jenis sequential membuatkan ia nampak paling moden dalam trio ini. Bahagian dalam pula bagaimana?

Interior – lonjakan kuantum

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 05

Kalau anda masih ingat, antara kelemahan utama buat Vios generasi lepas adalah bahagian interior yang tidak cukup praktikal dan membosankan kalau dibandingkan dengan Honda City. Elemen yang diterapkan pun macam 10 tahun ke belakang. Syukurnya, semua kekurangan itu sudah diperbaiki untuk model kali ini, termasuklah kualiti kamera 360-darjahnya.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 06

Malah, sentuhan premium seperti penerapan bahan kulitnya juga sudah memintas Honda City dan Nissan Almera. Itu pun dengan menggunakan suis dan tombol yang turut dikongsi oleh Perodua. Perkara ini membuktikan betapa berkualitinya komponen yang digunapakai oleh Perodua sekarang. Perodua tak Perodua, kualiti tetap kualiti dan kabin Vios 2023 adalah antara contoh terbaik untuk model yang dibangunkan dari ideologi DNGA setakat ini.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 07

Jadi, dalam konteks umum, istilah ‘rasa’ macam Perodua yang ramai gembar-gemburkan itu bukanlah sesuatu yang negatif. Malah, ada satu aspek di mana Perodua sendiri lagi bagus daripada Toyota iaitu kawalan kunci pintu yang diletakkan pada konsol tengah supaya mudah untuk semua orang mencapainya. Kan bagus kalau Vios juga menerapkan pendekatan sama.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 08

Kembali pada topik tadi, apa yang positifnya tentang DNGA juga adalah tempat duduk depan yang sangat selesa di mana berbanding model lepas, sokongan yang diberikan lebih menyeluruh dan konturnya sendiri rasa lebih semula jadi. Kalau anda nak tahu, Vios yang lalu bukan calang-calang dalam bab ini dan model kali ini menaikkannya ke tahap seterusnya di mana hanya tempat duduk Zero Gravity pada Nissan Almera sahaja yang dapat lawan. Cumanya, kusyen kulit yang digunapakai pada Almera tiada lubang pengudaraan macam yang diterapkan pada Vios, sekaligus membuatkan ia mudah panas. Jadi, untuk kali ini, tempat duduk Vios adalah yang paling memuaskan antara ketiga-tiga saingan.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 09

Bercakap mengenai tempat duduk, satu perkara bonus pada Vios yang tiada pada pesaing adalah bahagian pemandu yang seolah-olah ada dua tahap perehat kaki kiri di mana yang pertama adalah posisi biasa yang hampir seimbang dengan kaki kanan. Dan yang kedua pula adalah berlunjur ke atas. Untuk jenis kaki kiri sensitif yang cepat lenguh macam penulis, perincian sebegini sangatlah membantu dalam memberi pengalaman yang selesa walaupun memandu pada jangka masa panjang.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 10

Satu lagi kelebihan yang ada pada kabin Vios baharu adalah konsol tengah yang tinggi di mana tempat perehat tangannya bukan setakat paling selesa antara ketiga-tiga pesaing, malah sentuhan itu memberi ruang yang lebih peribadi buat orang di depan.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 11

Apapun, bukan semua aspek berpihak kepada Vios dan isu paling besar selain tiga persoalan utama (tiada tayar ganti, tiada cermin pada pelindung sinaran matahari di bahagian penumpang depan dan kerusi belakang yang tidak lagi boleh dilipat) adalah tahap keselesaan penumpang belakang. Walaupun tempat duduknya sendiri boleh dikatakan tiada masalah, ruang kaki dan kepalanya masih terhad macam Vios generasi-generasi pendahulu dan dalam aspek ini, Vios betul-betul dimalukan oleh Honda City.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 12

Kepala penulis yang berketinggian 174 cm masih boleh muat tanpa bersentuhan dengan siling. Cumanya, kepala penumpang yang lagi tinggi mungkin akan bergesel. 

Untuk memuatkan kanak-kanak mungkin takkan menjadi masalah tetapi penumpang dewasa mungkin akan pilih si Honda ataupun Nissan. Lagipun, bahagian lantai tengahnya sudah ada bonggol, tidak lagi hampir rata macam Vios sebelum ini. Nampaknya, dengan platform baru, Vios tetap ‘kureng’ dari segi keluasan kabin. Ruang di belakang bukannya tak selesa tetapi lebih kepada tidak lapang dan perkara ini mungkin boleh membuatkan pembeli berfikir dua tiga kali.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 13

Sementara dalam topik ini, kualiti audio pada Vios 2023 juga setakat ala kadar sahaja. Bunyi dentuman bass tetap ada untuk memberi mutu yang lebih mendalam tetapi jujur cakap, penggemar musik pasti akan beri markah yang jauh lagi tinggi pada Honda City. Lagi satu, tahap bunyi angin pada Vios kali ini juga agak ketara berbanding generasi dahulu dan Honda City yang kami uji sebulan yang lepas pun ternyata lebih bagus dalam bab ini.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 14

Apapun, dari segi kesenyapan kabin, Vios masih cemerlang dan perkara ini terbukti melalui ujian bunyi WapCar di mana ia mencatatkan bacaan 68 dB pada kelajuan 110 km/j, lebih kurang Nissan Almera. Sebagai konteks, Honda City 1.5 V dengan format enjin 1.5L NA sama mencatatkan kadar bunyi sehingga 70 dB. Cumanya, bab bunyi enjin, nadi yang digunapakai pada Vios masih tidak sesedap deruman unit DOHC i-VTEC Honda.

Pemanduan – DNGA mengubah segalanya

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 15

Syukurnya, itu sahaja kelemahan Vios DNGA yang dapat dipetik kerana selain daripada itu, semuanya luar biasa mantap dan menjangkaui tahap keselesaan Vios sebelum ini. Sebagai contoh, walaupun dengan suspensi empuk, kawalan badannya jauh lagi tegap. Pergerakan naik turun badan pun lebih terkawal berbanding model sebelum ini. Perkara ini sekaligus memberi kualiti pemanduan yang lebih tenang dan kemas kerana pergerakan badan yang lebih minimum. Penggunaan rim sebesar 17-inci juga tidak membawa sebarang kompromi langsung dari segi penyerapan lubang atau kekasaran dari permukaan jalan yang tidak elok.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 16

Dalam masa yang sama, kehebatan casis DNGA dan talaan suspensi pada Vios kali ini telah meletakkan kualiti pengendalian Vios sehebat Nissan Almera yang mana ia cukup berkebolehan dalam aspek pemanduan rancak. Tetapi apa yang lebihnya Vios adalah karakter pemanduan yang lebih organik di mana sterengnya memberi maklum balas yang lebih sedap. Berbanding generasi dahulu, berat stereng Vios kali ini pada kelajuan rendah juga didapati lebih ringan, sekaligus memudahkan pemanduan dalam bandar.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 17

Ditambah pula dengan badan yang ringan, Vios kali ini menonjolkan dimensi baharu dari segi dinamik yang mana ia menyerlahkan jiwa lincah, terutamanya sewaktu menukar arah atau mengambil selekoh. Bercakap mengenai ini, tindak balas breknya juga cukup linear dan meyakinkan walaupun maklum balas yang diberi adalah tipikal Toyota iaitu lembut, bukan keras macam Honda. Jadi, karakter baharu dah mantap tetapi bab trenkuasa pula bagaimana?

Trenkuasa – D-CVT meningkatkan potensi enjin tetapi bukan semuanya positif

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 18

Enjin Vios kali ini tetap mengekalkan unit 1.5L NA 2NR-VE Dual VVT-i (106 PS, 138 Nm, dikurangkan 1 PS & 2 Nm) tetapi diperbaharui dengan transmisi D-CVT. Untuk kebanyakan masa, transmisi baharu ini lebih sedap daripada CVT sebelumnya kerana ia rasa lebih ‘direct’ dan cukup responsif sewaktu memotong atau menaiki bukit. Cumanya, pada kelajuan rendah sekitar 20 km/j ke bawah, D-CVT menunjukkan satu karakter seolah-olah macam klac transmisi manual tidak dilepas, atau dalam erti kata lain, rasa ‘getah’ yang sinonim dengan kebanyakan CVT.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 19

Dalam julat kelajuan yang disebutkan, CVT pada Vios lama memiliki perhalusan yang lebih baik di mana transisi melepasi kelajuan rendah itu dibuat dengan lebih halus. Tetapi selain daripada konteks yang disebutkan, D-CVT ternyata lebih hebat kerana walaupun dengan output enjin yang dikurangkan, ia tetap dapat memecut dengan lebih cepat.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 20

Prestasinya dapat dilihat melalui ujian pecutan 0 – 100 km/j kami di mana Vios baharu mengambil masa 12.3 saat, lebih singkat daripada 12.7 saat yang diperoleh pada Vios generasi lalu.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 21

Soal respon pula, ia mungkin tidak setangkas trenkuasa Vios lama tetapi kami syak hal ini berkait rapat dengan talaan yang diterapkan pada kombo kali ini yang mana ia lebih linear, lebih tepat dengan input minyak dan tidak begitu terkejut macam Vios lalu. Tetapi kalau anda mahu kadar responsif yang tajam, tekan sahaja butang Drive pada bahagian stereng dan ia akan memberi tindak balas yang terbaik.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 22

Hasil penerapaan transmisi baharu dan diet sebanyak 110 kg, penggunaan petrol Vios berdasarkan pemanduan realistik 50% bandar 50% lebuh raya dalam mod Normal telah menyaksikan pengurangan kepada 6.1 liter/100 km, cukup menjimatkan dan dalam aspek ini, ia berada di tengah-tengah antara Honda City dan Nissan Almera.

Keselamatan – Toyota Safety Sense ‘entry-level’?

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 23

Bagi anda yang belum tahu, ADAS Honda Sensing merupakan antara contoh terbaik dari segi kawalan input minyak, stereng, dan brek tetapi satu kekurangan pada sistem yang dilengkapkan pada Honda City ialah kawalan pelayaran adaptifnya tidak meliputi kelajuan bawah 30 km/j.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 24

Di sinilah Toyota Safety Sense pada Vios DNGA meneraju segmen kerana ia tetap mengawal secara autonomi walaupun pada kelajuan 0 km/j. Cumanya, input yang diberi agak mengejut dan tidak begitu lancar. Pendek kata, untuk menunjuk boleh tetapi untuk bergantung sepanjang masa, boleh mual dibuatnya. Tetapi kalau diikutkan, lebih baik ada daripada tiada kan?

Konklusi

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 25

Jadi, bagaimana Vios baharu berentap secara keseluruhan? Di mana kedudukan Vios untuk kali ini? Mari kita mulakan dengan si peneraju dahulu. Kalau dilihat akan penambahbaikan yang dibuat pada Vios, kekuatan Honda City yang menjuarai segmen selama ini sekarang hanya boleh lawan dalam bab praktikaliti sahaja, Jadi, tinggal lah Nissan Almera. kami sudah banyak kali berkongsi betapa bagusnya calon yang satu ini tetapi seperti yang dapat dilihat di jalan raya, tidak ramai yang berani membelinya dan sokongan selepas jualan Nissan untuk pasaran kita tetap tidak mampu mengalahkan Honda dan Toyota walaupun anda berdebat sehebat mana sekalipun.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 26

Perkara ini sekaligus membawa kita kepada juara baru iaitu Vios. Secara amnya, Vios DNGA tetap ada beberapa kekurangan dan tidak lari dari kelemahan yang hadir sejak generasi pertama iaitu ruang belakang yang sempit. Namun, lonjakan kuantum dari segi rasa kereta itu sendiri sudah cukup untuk meletakkan ia di tangga teratas untuk sebuah kereta sedan segmen-B yang berkualiti. Itu pun belum mengira ciri yang tiada pada pesaing lain seperti lampu ambient lighting, pengecas nirwayar, kluster digital penuh, brek parkir elektrik dan sokongan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar.

Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City 27

Sekiranya kekurangan yang ada boleh diterima, Vios generasi 2023 pasti dapat memuaskan hati pelanggan yang sedang mencari sedan bawah RM 100k yang paling bagus di pasaran Malaysia sekarang.

@wapcar_zamil Harga Vios 2023 bermula daripada RM 89.5k sehingga RM 95.5k. Baloi ke tidak? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #keretamalaysia #toyota #toyotavios #vios #vios2023 #perodua #fyp ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda