window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!

Faisal · May 13, 2023 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau diikutkan, kedua-dua kereta berada dalam kelas serupa dan mewakili versi terbaik dalam penawaran masing-masing. Anda mungkin tertanya, “Bukankah Vios generasi lalu ada varian GR Sport?”. Sebenarnya, walaupun sebagai varian teratas, ramai tidak menganggapnya sebagai satu naik taraf kerana daya pecutan dan penjimatan petrolnya sedikit kurang berbanding varian 1.5G, hasil daripada penggunaan rim 17 inci yang lebih berat.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 01

Jadi untuk kali ini, bagaimana pula percaturan dari Honda City RS? Jujur cakap, luar biasa ideal dan cukup serasi dengan cara rakyat Malaysia menggunakan kereta mereka, terutama untuk tugasan balik kampung atau bergerak kehulu kehilir sewaktu beraya di mana pengguna kebiasaannya akan kerah kereta kaw-kaw.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 02

Sebagai contoh, mari kita mulakan dengan benda asas iaitu pada bahagian dalam. Selain visual dan sentuhan moden seperti penyaman udara belakang dan kluster digital, terdapat banyak tempat meletak barang dan ruang yang ada juga teramatlah luas untuk kategori sedan segmen B. Nak sumbat makanan/minuman atau apa-apa barang yang dibeli pun tiada masalah.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 03

Tempat duduk depan varian RS yang berlainan daripada varian biasa.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 04

Tempat duduk depan pada varian bukan hibrid. Sokongan dan postur kerusi rasa lebih semula jadi dan selesa macam tempat duduk Honda HR-V.

Dalam masa yang sama, ruang lapang yang membolehkan pengguna berlunjur atau mengeliat badan juga dapat mengurangkan rasa letih walaupun berada dalam kereta pada jangka masa panjang. Cumanya, kalaulah nak dipetik, mungkin dari segi kualiti tempat duduk kerana Vios tahun lepas terbukti lebih selesa dalam aspek ini, khususnya di bahagian depan. Vios juga lebih senyap dan suspensinya sendiri rasa lebih ‘berlemak’ ketika menyerap hentakan.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 05

Apapun, Honda City tetap boleh diterima dalam ketiga-tiga aspek yang disebutkan. Senang kata, anda takkan rasa jengkel langsung dalam bab keselesaan dan suspensi kali ini sudah solid, tidak lagi rasa 'kosong' macam generasi-generasi terdahulu.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 06

Jadi, soal praktikaliti memang mantap, jauh mengalahkan Toyota Vios tahun lepas. Bagaimana pula dari segi kehandalan pemanduan Honda City RS? Maklumlah, penggunaan di musim perayaan bukannya biasa-biasa. Bermacam-macam cabaran yang harus kereta tersebut lalui.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 07

Dengan bernadikan enjin hibrid 1.5L i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive), karakter pemanduan Honda City RS benar-benar rasa unik dan begitu santai. Contohnya, sewaktu dalam kesesakan atau bergerak pada kelajuan bawah 60 km/j, bunyi enjinnya tiada langsung dan kereta bergerak dengan amat mudah kerana ia hanya dipandu oleh motor elektrik. Yang bagusnya teknologi i-MMD adalah motor elektriknya cukup bertenaga (109 PS, 253 Nm), bukan macam hibrid Honda zaman dulu. Naik bukit atau memotong pun rasa 'ringan'.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 08

Senang kata, pengalaman memandu Honda City RS dah rasa macam kereta elektrik. Malah, ia diibarat EV yang tak perlu dicas dan tiada kebimbangan jarak pandu kerana ia masih boleh diisi dengan petrol. Cumanya, yang ganjil sikit adalah sewaktu enjin hidup (untuk mengecas bateri & memandu roda pada kelajuan tinggi) kerana tahap bunyinya agak ketara. Tetapi kalau ikut logik, mungkin sebab telinga dah terbiasa dengan ketiadaan bunyi enjin.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 09

Bercakap mengenai hibrid, brek regeneratifnya juga cukup mengagumkan. Memperlahankan City RS boleh dikatakan satu pengalaman yang unik kerana untuk kebanyakan masa, anda hanya perlu menarik pedal ‘-‘ di belah kiri belakang stereng mengikut tahap yang perlu (bilangan anak panah ke bawah menandakan kadar brek dari sistem regeneratif) dan kalau tak cukup, sistem breknya sendiri rasa mencengkam dan ‘feel’ pun rasa meyakinkan. Yang hebatnya, modulasi brek pada kelajuan rendah pun masih linear dan mudah walaupun dengan sistem regeneratif.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 10

Kalau dah nama hibrid pula, penggunaan petrolnya pasti rendah dan ini terbukti benar. Berdasarkan gaya pemanduan normal termasuk memotong dan tanpa guna mod ECON atau menambah kadar brek regeneratif, saya sendiri mendapat bacaan purata serendah 25.4 km/l (3.94 liter/100 km, dakwaan rasmi Honda ialah 3.6 liter/100 km) setelah berjalan sejauh 424 km. Kalau anda perhati betul-betul, perjalanan itu pun hanya memakan petrol sebanyak 4 daripada 10 bar, tak sampai separuh. Kiranya, secara realistik, satu tangki 40 liter itu dengan senangnya boleh pergi lebih 800 km. Cukup luar biasa.

Juga bacaTanpa "cheat code", mampukah Honda City e:HEV RS hibrid menamatkan KL-Penang-KL dengan hanya 1 tangki?

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 11

Jadi soal trenkuasa memang cemerlang. Bab pengendalian pula bagaimana? Kalau dah jenama Honda, sudah tentu City membawa harapan yang sinonim dengan lambang ‘H’ dan perkara ini dapat dilihat pada maklum balas sterengnya di mana City rasa lebih 'hidup' dan sedikit lincah berbanding Vios tahun lepas. Cumanya, kalaulah nak dirungut, mungkin dari segi pergerakan naik turun badan pada jalan beralun kerana ia sedikit keterlaluan yang mana pemandu boleh rasa kurang yakin dan terpaksa mengenakan sedikit input brek.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 12

Jadi, itulah perkongsian pengalaman balik kampung kami bersama Honda City RS. Semestinya tidak sempurna tetapi menepati pelbagai kriteria untuk menjadi sedan terhandal dalam kelasnya. Secara keseluruhan, kalau anda nak sebuah sedan segmen B yang serba boleh, inilah jawapannya.

Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km! 13

Apapun, saingan tetap ada dan Toyota Vios generasi baharu yang dikatakan luar biasa mantap pasti akan menyengitkan lagi pertarungan sedan bawah RM 100k di Malaysia. Nak tahu yang mana juara? Nantikan rebiu kami pada masa akan datang.

Juga bacaRebiu: Toyota Vios AC100 2023 - satu lonjakan kuantum berbanding pendahulunya, namun ia bukan sempurna

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda