window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru!

Faisal Β· Aug 7, 2022 12:00 PM

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 01

Toyota Vios – rakyat Malaysia mana yang tak kenal kan? Sejak dilancarkan pada awal era 2000-an lagi sedan segmen B ini sudah rancak berlawan dengan Honda City. Untuk mereka yang dah bosan dengan sedan buatan nasional dan hendak naik taraf pasti akan usha Honda City atau Toyota Vios dahulu kerana julat harganya dianggap boleh dipertimbangkan. Jenama pun boleh dipercayai.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 02

Honda City.

Kalau nak senang pula, pembeli kebiasaannya akan pilih generasi lebih baru dan kalau ikut sekarang, Honda City yang patut menjadi pilihan kalbu. Tetapi kalau anda perasan, Toyota Vios juga masih terjual macam goreng pisang panas walaupun sudah berusia. Pasti ada sebab yang munasabah kan?

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, Vios sebenarnya masih menang dalam bab kelengkapan kerana ia datang standard dengan ciri lampu depan jenis LED, DRL LED, AEB dan 7 beg udara. Malah untuk keseluruhan juga, Vios ada ciri kamera 360 darjah dan pengecas tanpa wayar. Honda City yang lagi baru pun tiada ciri sebegini.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 01

Raya Aidilfitri yang lalu, kami diberi peluang oleh UMW Toyota untuk meminjam Toyota Vios 1.5 G dan saya sendiri menggunakannya untuk pulang ke kampung iaitu ke Kota Bharu, Kelantan. Jadi setelah sekian lama beransur dalam pasaran, bagaimana Vios berentap kalau kita ketepikan soal ciri dan kelengkapan yang disebutkan tadi? Adakah otai ini masih berbisa?

Keselesaan – tetap terbaik

Pertama sekali, mari kita masuk bab keselesaan kerana sedan segmen B selalunya bertugas sebagai kereta utama rakyat marhaen. Jadi kalau tak selesa, apa gunanya kan, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh. Dan sejujurnya, Vios masih mantap dalam bab ini.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 02

Dari segi talaan suspensi, Toyota Vios bagi saya tetap mendapat markah lebih tinggi daripada Honda City kerana ia bukan setakat empuk. Malah, hentakan yang menusuk ke badan sewaktu melalui jalan kampung atau jalan berlubang juga rasa lebih berkualiti, macam ada lapisan krim. Walaupun dengan karakter lembut, pergerakan naik turun pada jalan yang beralun juga kekal terkawal dan tidak menjejaskan keyakinan pemandu.

Suspensi pada Honda City pula tiada kualiti sebegini kerana ia rasa sedikit kosong dan kadang-kadang rasa lembut sangat.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 03

Satu lagi faktor yang membuat Vios begitu selesa ialah tempat duduknya. Dalam hal ini, tahap keselesaannya boleh dikatakan serupa dengan Honda City. Untuk tempat duduk belakang, saya sebenarnya akan pilih Honda City semata-mata sebab ada corong penyaman udara dan ruang yang lebih luas. Tetapi kalau untuk depan, saya tetap akan pilih Vios kerana sokongan yang diberi oleh kusyennya rasa lebih semula jadi. Malah sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam, hanya dua tiga kali sahaja saya buat pelarasan.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 04

Bercakap mengenai selesa, tahap kesenyapan kabin juga memainkan perasan dan di sini juga, Vios masih mengagumkan. Untuk segmennya, kadar bunyi (tayar, angin dan kenderaan) yang didengar dari bahagian dalam sangatlah rendah. Kalau anda nak tahu, enjin 2NR-FE yang dipadankan pada Vios sebenarnya mengeluarkan nada seakan sama macam unit 2NR-VE yang diguna pada Perodua Myvi tetapi dari dalam, macam tidak kedengaran sangat.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 05

Walaupun dah berusia, kabin Vios tetap boleh kalahkan City dari segi kesenyapan. 

Inilah bukti betapa bagusnya penebat bunyi yang diterapkan pada Toyota Vios/Yaris. Jadi untuk mereka yang rasa baik beli Perodua Myvi berbanding Yaris, baik fikir semula sebab tahap perhalusannya memang di kelas yang berbeza.

Honda City pula bukan tidak senyap tetapi ia sekadar biasa-biasa sahaja. Nak kata bising tidak, nak kata senyap pun tidak.

Prestasi & penggunaan minyak – masih kompetitif

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 06

Untuk perjalanan jauh seperti balik kampung, persoalan seperti “pick-up ok tak?” atau “minyak jimat tak?” pasti bermain dalam fikiran rakyat. Maklumlah, kereta akan penuh dengan penumpang dan barang, jarak perjalanan pun jauh. Dalam hal ini, prestasi enjin 1.5L NA Vios yang menghembuskan 107 PS/140 Nm mungkin tidak sehebat Honda City (121 PS, 145 Nm) tetapi percaya tak percaya, ia rasa lebih ‘preggy’ daripada si Honda, terutama pada kelajuan biasa.

Ok mungkin pada RPM tinggi, enjin Vios macam tidak cukup nafas tapi berapa kerap sangatlah anda pandu pada putaran sebegitu. Untuk kebanyakan orang, kuasa yang diberi sebenarnya agak memadai, melainkan anda sudah biasa dengan enjin turbo.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 07

Lenjan macam mana pun hanya akan guna 7 liter/100 km.

Dari segi penggunaan minyak pula, saya sendiri mendapat purata 6.3 liter/100 km sepanjang perjalanan pergi dan balik, Ini termasuk dengan merangkak 4 jam di lebuh raya Karak. Untuk makluman anda, Honda City dalam ujian WapCar juga mendapat bacaan yang lebih kurang. Jadi, enjin Vios terbukti masih kompetitif. Begitu juga dengan transmisi CVT yang mana tahap bunyi dan kecantikan talaannya boleh dikatakan sama dengan Honda City.

Pengendalian – ada ‘kureng’ tapi takkan jadi isu

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 08

Nak pandu rancak boleh tapi syok tu memang bukan dalam darahnya. Kena tunggu DNGA mungkin?

Di sini, lain pula ceritanya kerana Vios masih guna platform Toyota yang lama, bukannya TNGA, ataupun lebih relevan, DNGA. Disebabkan itu, karakter pemanduannya tidak rasa menakjubkan. Senang kata, sensasi pemanduan Vios hanya biasa-biasa sahaja. Hal ini juga didorong oleh maklum balas stereng yang rasa agak kusam, betul-betul macam Toyota generasi terdahulu.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 09

Serba boleh tapi jiwanya lebih menyerlah pada jalan lurus.

Apapun, pengendaliannya tetap lulus dan bagi saya sendiri, Honda City dalam bab ini menang hanya disebabkan oleh stereng yang mana ia rasa lebih hidup dan interaktif.

Praktikaliti & interior – cepatlah masuk model baru

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 10

Setakat ini, Vios nampaknya masih memberikan saingan sengit tetapi sampai sahaja bab interior, di sinilah penangan usia mula menunjukkan taring. Kalau ditutup sebelah mata, interior Vios sebenarnya boleh diterima dan tiada isu ergonomik tapi sebaik sahaja anda lihat kabin Honda City, memang macam langit dan bumi.

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 11

Persembahan kabin Honda City. Jauh beza kan?

Yang pertamanya dari segi visual dan di sini sahaja, kabin Vios nampak macam dari tahun 2012, bukan 2022. Bukan setakat itu sahaja, ruang meletak barang juga tidak banyak. Kalau tengok konsol tengah, tak banyak yang boleh dimuatkan. Sebagai perbandingan, kabin Honda City penuh dengan unsur moden. Tidak cukup dengan itu, tahap praktikalitinya juga jauh lebih mantap daripada Vios. Senang cerita, persembahan kabin Vios betul-betul nampak lama walaupun sarat dengan pelbagai ciri.

Konklusi - masih relevan untuk dibeli

Kalau anda boleh terima, maka tiada masalah untuk anda pilih Toyota Vios kerana ia masih berkebolehan. Tetapi bagi saya sendiri, Toyota Vios generasi baharu yang bakal debut pada 9 Ogos ini datang tepat pada masanya.

Juga baca2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua?

Pengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru! 12

Iklan yang dikeluarkan setakat ini pun cukup meyakinkan, terutama bahagian dalam yang mana ia sudah nampak macam kabin Mazda 3. Jadi, itulah nukilan saya mengenai Toyota Vios 1.5G yang dipinjamkan dan otai ini ternyata masih berbisa walaupun sudah dimakan usia.

Juga bacaToyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda