window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli?

Faisal Β· Aug 26, 2023 02:00 PM

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 01

Pertarungan sedan segmen B di Malaysia nampaknya kembali hangat berikutan pelancaran Honda City 2023 facelift pada awal bulan ini. Secara tidak langsung, inilah senjata mutlak untuk mengalahkan Toyota Vios 2023 generasi AC100. Jadi, dengan harga lebih kurang sama, yang mana patut anda pilih?

Harga AC100 Toyota Vios vs 2023 Honda City
Toyota Vios Honda City

1.5 E: RM 89,600

1.5 G: RM 95,500

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1.5 S: RM 84,600

1.5 E: RM 89,900

1.5 V: RM 94,900

1.5 RS: RM 99,000

RS e:HEV: RM 111,900

Juga bacaHonda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios

Ciri Eksterior: Vios lebih mantap

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 01

Vios 1.5 E, kredit: Toyota Online Sales.

Toyota Vios varian 1.5 E sekalipun dah lengkap dengan lampu depan jenis LED dan ia datang terus dengan fungsi automatik. Selain itu, terdapat DRL LED, rim 16 inci dan kit badan. Semua ini pada harga RM 89,600.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 02

Varian 1.5 E di pasaran Thailand.

Sebagai perbandingan, Honda City 1.5 E yang berharga RM 89,900 hanya datang dengan lampu halogen, rim 15 inci dan tiada kit badan.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 03

Bahagian luar Vios juga mantap lebih mantap kerana ia lengkap dengan cermin depan jenis akustik dan ia ditawarkan secara standard. Varian 1.5 G berharga RM 95k yang menambah roda 17 inci dan lampu isyarat jenis sequential pula menaikkan lagi unsur premium pada Toyota Vios.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 04

City 1.5 V, kredit: Muhd Farhan.

Kalau dilihat lebih terperinci, City 1.5 V yang berharga RM 94,900 hanya menambah lampu LED jenis automatik dan rim 16 inci.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 05

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 06

City RS.

Jadi, untuk harga bawah RM 90k, eksterior Vios lebih lengkap. Tetapi atas dari harga tersebut (RM 99k untuk varian RS petrol dan RM 111k untuk RS e:HEV), City tampil dengan pelbagai sentuhan eksklusif.

Ciri interior: Hampir serupa

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 07

Setiap varian untuk City dan Vios datang dengan corong penyaman udara belakang.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 08

Infotainment 8 inci pada City RS.

Pembeli City 1.5 S berharga RM 84,600 hanya dapat tempat duduk fabrik dan pemain audio asas (tiada screen besar) tetapi pasti ramai yang akan terus ke varian 1.5 E kerana ia dilengkapi penyaman udara automatik dan infotainment 8-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, varian 1.5 V diperbaharui dengan tempat duduk, roda stereng dan tombol gear berbahan kulit. Untuk model facelift juga, ciri paddle shifter hadir standard pada semua varian.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 09

Kabin Vios 1.5 G.

Mengenai Toyota pula, spesifikasi bahagian kabin untuk varian 1.5 E sebenarnya lebih kurang sama dengan City 1.5 S dan 1.5 E di mana ia juga datang dengan tempat duduk fabrik, tiada penyaman udara automatik dan tempat sentuh berbahan uretana. Apa yang menangnya Vios adalah ciri pengecas nirwayat Qi dan infotainment 9-inci yang ada sokongan Apple Carplay/Android Auto nirwayar.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 10

Kluster digital pada Vios.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 11

Kluster separa digital pada City.

Dari segi kluster pula, kedua-dua saingan menggunakan jenis digital untuk varian berharga RM 95k dan ke atas. Cumanya, instrumen yang diterapkan pada City RS petrol dan hybrid hanya separa-digital, manakala Vios 1.5 G menggunakan skrin penuh bersaiz 7 inci.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 12

Aksen merah pada varian RS, pedal aluminium pula eksklusif untuk RS e:HEV sahaja.

Menaiki skala harga, kelengkapan City 1.5 V sebenarnya lebih kurang sama dengan Vios 1.5 G di mana ia datang dengan roda stereng dan sentuhan panel berbahan kulit, sama seperti Vios. Vios 1.5 G turut menambah pencahayaan ambient lighting 64-warna pada konsol tengah dan sterengnya ditambah ciri paddle shifter.

Ruang dan praktikaliti: City menang jauh

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 13

Honda City.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 14

Toyota Vios.

Bukan senang untuk lawan pakej penyusunan kabin Honda yang luar biasa luas dan dalam kes City, ia tidak terkecuali sama sekali. Apa yang membuat Vios jauh di belakang dalam aspek ini ialah dari segi ruang kepala untuk penumpang belakang, hasil reka bentuk badan fastback yang diterapkan.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 15

Keluasan but Honda City.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 16

But Toyota Vios.

Soal praktikaliti juga, City facelift kekal dengan ciri tempat duduk belakang yang boleh dilipat dan kapasiti butnya adalah seluas 519 liter. Vios pula tiada ciri lipatan tersebut dan keluasan butnya hanya setakat 475 liter.

Keselamatan: City datang dengan pelbagai ciri standard, Vios pun ada tapi pada varian atas

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 17

Kamera monokular untuk Honda Sensing.

Sistem bantuan keselamatan ADAS dilengkapkan pada kedua-dua model tetapi apa yang istimewa pada City adalah ciri tersebut diberi standard pada semua varian yang mana ia merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Varian RS e:HEV pula dinaik taraf dengan ciri Low-Speed Follow (LSF).

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 18

Kamera stereo pada Toyota Vios.

Untuk Vios pula, varian asas dilengkapi Pre-Collision System (AEB), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP) dan Front Departure Alert (FDA).

Ciri Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Control (LKC) dan Auto High Beam (AHB) pula khas untuk varian 1.5 G sahaja.

Apapun, kedua-dua varian lengkap dengan 6 beg udara.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 19

Kamera 360-darjah lebih membantu. Kameranya juga lebih jelas.

Namun apa yang lebihnya Vios berbanding City adalah ciri kamera 360-darjah dan fungsi amaran titik buta. Bagi anda yang belum tahu, Honda kekal dengan sistem LaneWatch mereka di mana anda boleh terus nampak imej titik buta tetapi untuk belah kiri sahaja, manakala sistem pada Vios menyokong untuk kedua-dua belah kiri dan kanan.

Prestasi dan penjimatan petrol: City lagi laju, Vios lebih menjimatkan

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 20

Kedua-dua pesaing datang dengan enjin 1.5L NA yang digandingkan dengan transmisi CVT. Angka yang dihembuskan adalah seperti di bawah:

  • City: 121 PS/145 Nm (S, E, V, RS Petrol)
  • Vios: 106 PS/ 138 Nm

Apapun untuk pecutan 0 – 100 km/j, Honda City pra-facelift dalam ujian kami mengambil masa 11.4 saat, manakala Vios pada 12.3 saat.

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 21

Dari segi penggunaan petrol pula, ujian yang kami lakukan pada City pra-facelift mendapat angka 6.3 liter/100 km, manakala Vios serendah 6.1 liter/100 km.

Ciri tambahan: City ada lebih

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 22

Fungsi remote engine start membenarkan kabin disejukkan oleh penyaman udara sebelum anda jejak masuk dan mula memandu. 

Fungsi unik nampaknya memihak pada City di mana ia datang dengan ciri remote enjin start dan ia standard pada semua varian. Selain itu, terdapat sistem telematik Honda Connect yang ditawarkan untuk semua varian City.

Kalau anda nak tahu, Vios pun ada sistem telematik yang dikenal sebagai aplikasi Toyota VTS. Cumanya, ia lebih ringkas dan tidak menyeluruh seperti Honda.

Waranti dan perkhidmatan selepas jualan: Lebih kurang sama

Toyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli? 23

Kedua-dua City dan Vios disokong oleh perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dan waranti mereka diberi selama 5 tahun tanpa had kilometer.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Juga bacaReview: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City

@wapcar_zamil Harga Vios 2023 bermula daripada RM 89.5k sehingga RM 95.5k. Baloi ke tidak? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #keretamalaysia #toyota #toyotavios #vios #vios2023 #perodua #fyp ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda